Lihatlah Wajah-Wajah Gembira Pesakit COVID-19 Yang Sudah Pulih!

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan 645 pesakit disahkan telah sembuh dan bebas daripada jangkitan Koronavirus. Angka tersebut menjadikan ia jumlah pulih paling tinggi sejak kes COVID-19 direkodkan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ia menunjukkan prosedur kementerian sangat baik di samping usaha keras anggota barisan hadapan yang sangat komited.

Malaysia boleh berbangga dengan petugas hospital kita yang tak pernah patah semangat memastikan pesakit sembuh di saat menteri di negara lain bunuh diri akibat terlalu cemas dalam menangani COVID-19.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian kesihatan Malaysia memuatnaik sekeping gambar menunjukkan  wajah girang pesakit COVID-19 yang disahkan sembuh.

Gambar berkenaan menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya turut sama terharu dengan berita itu. Ramai juga yang turut mendoakan agar kesembuhan diberikan untuk pesakit yang lain.

Adakah mereka boleh dijangkiti semula?

Mereka yang telah sembuh juga boleh berisiko terkena kembali jangkitan sekiranya gagal mengamalkan langkah pencegahan.

Apapun, tahniah KKM atas usaha yang dilakukan. Semoga ramai lagi pesakit yang akan sembuh di masa mendatang. Anda pula teruskan melakukan langkah berjaya-jaga seperti kerap basuh tangan dan mengamalkan social distancing dengan orang lain.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna