Lihatlah ‘Skill’ Anak Perempuan Alif Syukri Terlajak Laris Bila Beraksi Di Dapur

Mendidik anak bukanlah perkara yang mudah. Kadang-kala tu, ibu bapa dah beri cukup didikan tapi bila dah besar dan terpengaruh dengan rakan, habis hanyut. Cabaran membesarkan anak zaman kini juga sungguh banyak!

Sebagai ibu bapa langkah terakhir yang perlu diambil adalah menjadi rakan baik kepada anak-anak mereka sendiri. Ketahui apa minat mereka, bersembang apa yang mereka buat pada setiap hari. Jadikan diri anda diari mereka dan jangan menjangkakan yang semua anak-anak anda mempunyai minat yang sama.

Setiap daripada mereka mempunyai minat yang berbeza. Lihat sajalah Qadejah El-Zahra, anak perempuan Dato’ Aliff Syukri tunjukkan kebolehannya beraksi di dapur menerusi laman Instagram miliknya.

Apalah si Qadejah ni masak…

Macam manalah rasa Begedil Kentang Qadejah ni kan? Kalau anda nak cuba begedil Qadejah, anda boleh ikut resipi ‘Burger Dill Qadejah’ di bawah.

Bahan-bahan

  1. Kentang dua biji yang sudah di rebus
  2. Daun bawang
  3. Daun sup
  4. Lada putih
  5. Telur

Cara penyediaan

  1. Lenyekkan kentang yang sudah di rebus
  2. Masukkan daun sup dan bawang.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian, kepalkan mengikut bentuk yang anda suka
  5. Lumurkan dengan telur
  6. Goreng sehingga kekuningan.
  7. Hidangkan!

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna