Lihat Petanda Badan Anda Sedang Mengalami Dehidrasi

Memastikan tubuh badan kita cukup bekalan air putih, bukan perkara mudah untuk sesetengah orang. Lihat sahajalah variasi air berperisa dan bergula yang dijual di kedai-kedai, memang cukup menduga iman. Mana taknya, bila teguk air tebu atau air teh o ais sejuk masa cuaca panas tu, fuuh! Anak tekak rasa lega je.

Dalam rasa lega tu, tahukah anda minuman yang mengandungi kandungan gula sebenarnya boleh menjadikan tubuh anda lebih mudah terasa haus? Lepas itu mulalah badan pun lesu, bibir menjadi kering disebabkan dehidrasi, aduh! Tak nakla sakit…

via GIPHY

Jadi, macam mana nak tahu badan tu mula mengalami dehidrasi? Jom tengok tanda di bawah.

Kulit Kering

Kulit bahagian siku, buku lali dan lutut menjadi kering sehingga mengelupas. Lebih teruk lagi, kulit di bahagian lain pun merekah seperti bersisik, alamak! Kulit tak cantik la macam ni…

Sumber: hellosehat

Biji mata rasa pedih

Air putih bukan saja penting untuk bahagian mulut dan tekak tapi, bahagian mata juga kerana kekurangna air akan mengakibatkan biji mata jadi pedih dan kering. Terutama kepada pemakai contact lens, lagilah kena banyak minum air. Kalau tak, 2-4 jam pakai contact lens, mata dah terasa pedih.

Sumber: siraplimau

Kedutan wajah

Badan kita memerlukan 70 peratus air putih, antara organ yang memerlukan kandungan mineral adalah bahagian kulit terutama kulit bahagian wajah. Kalau kulit pun kering, automatik wajah muka pun jadi kering sehingga menghasilkan kedutan, nak ke umur 30 tapi muka macam 40? Sebaiknya, minum air masak 8 gelas sehari.

Sumber: petuaibu

Kena jaga kesihatan tau! Minum secukupnya, lebih-lebih lagi kita duduk di negara Malaysia yang terletak di kawasan garisan khatulistiwa di mana suhunya lembab. Cuaca panas memang tak dapat dielakkan. Jika ada tanda-tanda seperti ini, better minum , minum dan minum air putih!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna