Lihat Pembentukan Sperma Pelik Bila Anda Merokok

Kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum bahawa merokok akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Sayangnya masih lagi ada yang berdegil.

Apa yang membimbangkan lagi, individu yang tidak merokok tapi menghidu asap rokok lebih berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan. Ini dibuktikan dalam satu portal Info Sihat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

via GIPHY

Apa yang membuat kami terpanggil untuk menulis isu berkaitan merokok ini apabila salah seorang pengguna twitter berkongsi pengalamannya berdepan dengan pasangan muda tapi mengalami masalah zuriat selama 6 tahun.

Katanya lagi, selama mereka berumah tangga si isteri saja yang ke hulur ke hilir membuat ujian kesuburan tapi sebenarnya, masalah berpunca daripada suaminya kerana seorang perokok tegar hampir 20 tahun.

Dia turut memuat naik keputusan air mani dan memberi keterangan ringkas bahawa sperma lelaki tersebut hanya 2% saja yang normal, sperma yang lain tidak normal dan 20 juta saja yang bergerak daripada 120 juta.

Macam mana bentuk sperma yang tak normal?

Penerangan pengguna twitter tersebut bukan saja tentang laporan sperma lelaki tersebut tapi dia turut menujukkan bentuk sperma yang tidak normal seperti berkepala dua, leper, bulat, leher sperma tidak normal dan sebagainya.

Jom lihat gambar berikut…

Dia turut menasihatkan kesemua pasangan terutama lelaki untuk buang sikap ego dan jangan ingat kemaluan mampu tegang, boleh ‘betahan’ lama berjam-jam lamanya, anda dalam golongan yang subur kerana kualiti sperma juga main peranan dalam mendapatkan zuriat.

Kesimpulannya, elakkan merokok dan jauhi dengan asap rokok. Jaga kesihatan, badan kita nak guna dalam tempoh yang lama. Ingat! Organ kita tak ada jual di mana-mana pasar raya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bayi Cacat Disebabkan Ibu Suka Merokok Ketika Hamil

Kurlasss! 5 Selebriti Hollywood Wanita Ini Sudah Berhenti Merokok!

 

 

 

Sumber: infosihat , twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna