Lihat Keadaan KL, Lengang!

Semalam kecoh di media sosial keadaan balai polis dan stesen bas bersesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung selepas pengumuman Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin berkaitan tentang perintah kawalan pergerakan.

Hari ni adalah hari pertama seluruh rakyat Malaysia perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan. Ini bermaksud rakyat Malaysia perlu…

  1. Keluar bila ada urusan penting atau terpaksa.
  2. Tidak berada di luar dalam tempoh yang lama.
  3. Tidak melakukan sebarang aktiviti berkumpul.
  4. Tidak pulang ke kampung atau keluar dari negara sendiri.

Sumber: cariangoogle

Keadaan KL

Beikutan daripada perintah tersebut, lihatlah keadaan Kuala Lumpur (KL) pagi tadi. Lengang! Ada pun beberapa biji motorsikal dan kereta saja yang kelihatan, mungkin ada tuntutan kerja yang perlu diuruskan.

Apa pun, bila perintah pergerakan kawalan ini dilaksanakan, orang ramai perlu bekerjasama mengikut nasihat yang keluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kepada yang berada di rumah, mohon terus kekal di rumah bersama keluarga. Jangan suka-suka nak berjalan keluar ke sana ke mari tanpa arah tujuan. Sama-sama bantu semua pihak dalam membendung wabak merbahaya ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lagi 3 Bulan, Penawar COVID-19 Bakal Ditemui?

Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

 

 

 

 

Sumber: malaysianetworks

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna