Lepas Sebulan Tiada Kes, Wuhan Kembali Dilanda COVID-19 Gara-Gara…

Sejak negara China melonggarkan sekatan kepada rakyatnya, negara itu sempat mencatatkan angka sifar jangkitan baharu tempatan selama beberapa minggu.

Namun pada 31 Mac yang lepas, ada pula satu kes penularan baru yang dicatatkan melibatkan warga setempat. Itu pun di wilayah Guangdong dan bukannya di Wuhan tempat di mana virus itu dikatakan bermutasi.

BACA:Ada Apa Dekat Pasar Basah Wuhan Sampai Timbul Wabak Koronavirus?

Nampaknya berita gembira itu tidak bertahan lama apabila hari ini Wuhan mengesahkan ada kluster baru dikesan  di kawasan itu. Bila kita kata kluster, maksudnya kes jangkitan itu dah melebihi seorang ya. Takut!

Sumber: nationalgeographic.com

Selidik punya selidik, kluster kecil itu melibatkan penduduk dari kawasan kejiranan yang sama.

Tapi sebelum kelonggaran dilakukan, ramai juga pakar kesihatan dan pihak berkuasa yang jangkakan akan berlaku penularan kalau sekatan dilonggarkan. Ternyata kata-kata mereka itu ada asasnya.

Kalau anda nak tahu, sebelum ini pasar Wuhan pernah menerima kecaman apabila membuka kembali operasi penjualan kelawar dan haiwan eksotik lain seperti anjing, katak dan kala jengking.

Sumber:NPR

BACA:China Seronok Bebas COVID-19, Pasar Wuhan Kembali Jual Daging Eksotik Besar-Besaran

Ish, takut pula kita. Harapnya kluster ini akan cepat tamat dan tak ada lagilah jangkitan baru yang dicatatkan. Ngeri betul kalau perkara yang sama berulang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Astro AWANI

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna