Lepas Sebulan Balik Dari Luar Negara, Ashraf Muslim Dijangkiti COVID-19

Sebelum ni pernah kecoh di media sosial beberapa artis Malaysia berseronok di luar negara walaupun ketika itu penularan wabak berbahaya, COVID-19 sedang aktif.

Antaranya pelakon Ashraf Muslim yang berada di United Kingdom pada 21 Mac kelihatan sedang seronok bergambar. Waktu itu, dia dikatakan sedang membuat penggambaran drama Demi bersama Puteri Aishah Sulaiman yang kini sudah pun positif COVID-19.

Ketika Ashraf Muslim di luar negara…

Antara posting Ashraf kelihatan sangat selesa dan seronok ketika berada di luar negara sewaktu wabak berbahaya ini sedang menular.

Ashraf Muslim kena angkut ambulan…

Bila dah enam orang tenaga produksi drama Demi ini disahkan positif COVID-19, kini giliran Ashraf Muslim pula diangkut oleh van ambulan bila 12 April lalu pihak hospital keluarkan sample ujian saringan yang dirinya dijangkiti virus berbahaya ini.

Jom lihat video ringkas yang sempat Ashraf rakam…

Pada posting tersebut dia sempat menulis beberapa pesanan untuk pengikutnya, keluarga, pasangan, anak-anaknya agar mendoakan kesihatannya bebas dari virus ini. Malah, turut berterima kasih kepada barisan hadapan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Pada akhir kapsyen, Ashraf menutup pesanan ringkasnya dengan menulis segalanya dia berserah pada Allah kerana hanya Dia yang berikan penyakit dan Dia juga yang berikan kesembuhan.

Ya, memang betul tapi kena ingat, kita kena berusaha juga untuk mengelakkan diri dari terkena virus ini. Tak boleh redha tanpa usaha. Apa pun, semoga barisan hadapan kuat dan tabah merawat pesakit COVID-19.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kes COVID-19 Makin Meningkat, Selebriti Ini Masih Berseronok Di Luar Negara

Perkauman & Senda Agama! Non-Muslim Hina Projek Tudung Tabung COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna