Lepas Noorkhiriah, Kini Ebit Lew Pula Bagi Khidmat Van Jenazah & Ambulan Percuma!

Minggu lepas dunia hiburan digemparkan dengan berita keikhlasan pelakon hebat, Noorkhiriah menyediakan perkhidmatan van jenazah bagi yang tidak berkemampuan.

Terbaru, giliran pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew pula memberikan perkhidmatan yang lebih kurang sama iaitu ambulan dan van jenazah secara percuma. Hebat bukan?

Berita gembira ini dikongsikan oleh dirinya sendiri menerusi laman Instagram miliknya sendiri. Tengoklah video tu, bukan main tersenyum lebar Ustaz sewaktu mencuba memandu van jenazah baru darinya.

View this post on Instagram

Doakan yer. Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung. Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung. Rindu mak sangat. Terima kaseh yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu. Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah auto sdn bhd. Terima kaseh Abang Mizey Bro Office Digital Print sponsor sticker yang cantik. Terima kaseh juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini. Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dalam kesempatan ini ustaz mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dahulunya pernah membantu menguruskan jenazah ibunya kerana apa yang dilakukan sekarang ini mengingatkannya kepada arwah ibunya di mana saat itu sukar untuk mencari van jenazah.

Kalau ramai individu bermurah hati macam Ustaz Ebit,  makin mudahlah rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan menguruskan jenazah tanpa memikirkan kos kenderaan.

Semoga kita semua diberi peluang untuk melakukan saham akhirat walaupun sekecil zarah.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Van Jenazah Percuma! Noorkhiriah Buat Saham Akhirat

Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna