“Lepas Ni Datang Bawa Hantaran Pula,” Akhirnya Jiran Gadis Tik Tok Munculkan Diri

Zaman sekarang ini boleh dikatakan setiap orang dan memiliki akaun Tik Tok. Macam-macam video parodi, sketsa, nyanyi dan menari dapat dihasilkan dalam masa yang singkat.

Baru-baru ini viral di laman sosial sebuah video gadis menari lagu Tik Tok di halaman rumah. Apa yang kelakarnya, dia tak sedar yang jirannya dah lama berdiri di belakangnya untuk menghantar makanan.

Lelaki itu pun macam tergamam dan hanya membatu sahaja. Nak tegur pun serba salah. Akhirnya, gadis itu sendiri yang tersedar dan terus lari lintang pukang sebab terkejut.

BACA: Diketawakan Konon Bermain TikTok, Siapa Sebenarnya ‘Suara’ OKU Pekak Bisu Ni?

Ramai juga yang tertunggu-tunggu siapakah gerangan jiran yang hantar makanan itu? Lepas dua hari viral, akhirnya jiran yang berada di dalam video itu memunculkan diri.

Menurut Hazim, dia diamanahkan oleh ibu untuk menghantar tauhu bergedil buatan ibunya. Oleh sebab tak tahu nak buat apa waktu itu, Hazim pun berniat nak tunggu sampai jirannya habis buat video Tik Tok.

Oleh sebab gadis itu dah larikan diri masuk ke dalam rumah. Ayahnya sahajalah yang muncul dan sambut tauhu bergedil pemberiannya.

Rata-rata netizen pun mulalah menyakat mungkin inilah permulaan cinta mereka berputik. Aduh, macam-macam!

BACA: Giliran Neelofa Terjebak Dengan TikTok

Kelakar betul cerita yang viral ini. Apapun, kami memang tabik dengan mereka yang masih mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi macam saling bertukar juadah berbuka puasa.

Tik Tok pun apa salahnya, kan? Musim-musim PKP ini kenalah buat sesuatu yang dapat menghiburkan hati sendiri. Kalau main Tik Tok boleh jumpa jodoh, itu bonus!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna