Lepas Habis Pantang, Cuba Panaskan Suasana Dengan Posisi Hangat Ini

Biasalah kalau pantang lepas bersalin je mesti ramai nak cukupkan 44 hari dan ada yang sampai 100 hari. Sepanjang tempoh berpantang tu pelbagai petua atok nenek diamalkan. Antaranya tidak boleh ‘bersama’ dengan suami sepanjang waktu berpantang. Kalau 100 hari berpantang jadi, 100 hari la tak boleh melakukan hubungan intim dengan suami.

Katanya nak jaga bahagian faraj wanita supaya lebih ketat persis anak muda walaupun lepas bersalin! Ala, orang kata makin ketat makin suami sayang, gitchew! Tapi itulah, bila lama sangat dah tak beraksi di ranjang mesti rasa blank posisi yang boleh menghangatkan suasana. Maklumlah, dah lama tak ‘mendapat’, kena lah bagi gred A!

via GIPHY

Antara posisi yang anda boleh praktikkan selepas berpantang adalah….

Bumper cars

Menurut  pakar Kesihatan Wanita, Cindy Neville, kebanyakan wanita akan merasa nyilu untuk melakukan hubungan intim kerana baru saja melahirkan zuriat. Tambah pula mereka akan merasa sakit apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj. Bagi mengurangkan rasa nyilu dan sakit, anda harus berada di atas suami anda.

The Rocker

Kata Cindy lagi, jika anda sudah penat berada di atas, cara lain lagi adalah gunakan posisi ini kerana lebih selesa untuk mereka yang masih lagi nyilu dan trauma. Paling penting si suami perlu memain peranan dengan mencium bahagian tengkuk atau meramas buah dada untuk bantu si isteri melupakan perasaan takut dan rasa nyilu.

The Hovercraft

“Kalau dah berada penat dalam keadaan mengiring, anda boleh cuba dengan posisi baring tapi kaki anda dan suami dalam keadaan lurus. Biarkan suami anda melakukan ‘senaman’ ekstra. Lagipun, posisi ini dapat mengurangkan henjutan yang kuat sehingga membuat anda berasa nyilu bahagian faraj,” tambahnya.

 

Hot Cross Buns

Akhir sekali Cindy memberi cadangan sekiranya anda dan pasangan sudah bosan dengan 3 posisi di atas, cuba gunakan bantal di letakkan di bahagian pinggang untuk keselesaan. Pasangan pula melutut dan kaki anda berada di bahagian tengkuknya. Suami mungkin boleh ‘fingering’ untuk memberi klimaks yang lebih umph!

Sebenanrnya untuk bersama dengan suami, biarlah sehingga luka dalaman dan di bahagian faraj sudah kering dan baik sepenuhnya. Jika keadaan badan pulih sepenuhnya sebelum 44 hari, ia tak menjadi masalah untuk ‘bersama’ dengan suami.

Jangan risau, perkara ini kami telah dapatkan dari keterangan seorang doktor. Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri dengan doktor atau pakar. Tapi, kalau suami merungut keadaan faraj tak ketat, pesan padanya jangan bagi anda beranak lagi.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 Senarai Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang ,

Pakai Stokin Ketika Berpantang Tidak Perlu? Boleh Ke Doktor?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna