Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

Sugu Pavithra, nama youtuber yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Video masakannya yang bersahaja dan cara masakannya sedikit berbeza dari orang melayu membuatkan dirinya mendapat perhatian ramai.

Malah, ada yang cuba ikut cara masakan Pavithra untuk merasa sendiri sama ada hasilnya sedap atau tidak. Apa yang menarik perhatian kami apabila satu penerangan dibuat dari salah seorang doktor ahli kimia selepas mencuba cara masakan kari Pavithra. Hm, apa lah yang dia komen tu?

Bahan sama, cara masak berbeza…

Menurutnya selepas dia mencuba cara masakan Pavithra dari awal sehingga akhir, baru dia dapat tahu apa perbezaan karinya dengan kari Pavithra. Apalah yang beza tu ye?

“Kari Pavithra ada rasa umami yang membuatkan rasa karinya lebih tajam. Ini kerana Pavithra masukkan tomato terlebih dahulu dan masak sehingga naik minyak barulah diikuti dengan terung, air, air asam jawa, ikan, santan dan bendi,” jelasnya.

Penjelasan secara saintifik…

Tambahnya lagi, glutamat atau bahasa lebih mudah sejenis asid amino dan ribonukleotida yang mengandungi inosinat dan guanilat yang terhasil semula jadi dalam makanan. Selain daripada tomato, bahan mentah seperti daging, ayam, ikan, kicap, cendawan, sayur dan produk tenusu juga menghasilkan glutamat.

Maksudnya, bila bahan masakan yang mengandungi glutamat dan dimasak sehingga hancur, secara tak langsung akan memberikan rasa umami. Bagi yang tak tahu apa itu maksud perkataan umami, umami adalah “rasa enak yang menyenangkan” dan bahasa ini diambil dari bahasa Jepun.

Umami - Wikipedia

Sumber: cariangoogle

Kerana tomato, terus rasa masakan mampu mengubah segalanya. Hakikatnya, banyak makanan yang kita makan pada setiap hari adalah makanan yang kaya dengan rasa umami. Sebagai contoh untuk makanan Malaysia yang ada rasa umami adalah belacan dan tempe.

Kesimpulannya, jika semua orang diberi bahan masakan yang sama tapi dimasak menggunakan cara yang tersendiri. Pasti rasa pada akhir masakan akan memberikan kelainan. Itu yang dipanggil air tangan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hebat! Sugu Pavithra Berjaya Tarik Orang Jepun Cuba Masak Kari

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna