Lepas Bunuh, Si Ibu Dengan ‘Selamba’ Jual Baju Anak Di Facebook

Di mana kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan mengapa si ibu sanggup membunuh anak sendiri?”

Louise Porton yang berusia 23 tahun telah dikenakan hukuman penjara paling minimum 32 tahun kerana membunuh dengan cara melemaskan dua anak perempuan yang masing-masing berusia 3 tahun dan 16 bulan sehingga mati.

Wajah dua kanak-kanak malang tersebut

Lebih menyedihkan si ibu sanggup menjual baju anak-anaknya yang telah dibunuh hanya beberapa bulan selepas mereka meninggal dunia pada bulan Januari tahun lepas di Facebook.

Memetik kata dari pihak juri, Porton sanggup buat apa sahaja untuk memastikan anaknya tidak bersamanya.

Si ibu yang juga merupakan pekerja seks sanggup melakukan aksi memalukan bersama pelanggannya walaupun anak-anaknya ada di dalam bilik yang sama.

Sehari sebelum kejadian tragik itu juga si ibu dikatakan melayari internet dan mencari jawapan ‘betul ke anda akan terberak sendiri bila mati?’ dan ‘berapa lama seseorang itu boleh diselamatkan selepas lemas?’

Keterangan daripada bapa mangsa

Menurut Chris Draper, dia tak akan memaafkan Louise Porton dan tiada hukuman setimpal untuk apa yang telah dilakukannya. Sedih kerana tidak mungkin hidupnya akan sama seperti sebelumnya, Chris juga tak menyangkan Louise sanggup berbuat demikian hanya kerana kanak-kanak itu mengganggu kerja hariannya melayan lelaki lain.

Louise Porton dikatakan sering mengantar anaknya kepada ibu bapanya ketika bekerja dan sebolehnya akan mengelak untuk menjaga dua orang anak perempuannya.

Sementara itu, ‘history’ carian internet yang dilakukan Porton juga adalah, : ‘Bagaimana budak boleh selamat selepas 2 jam lemas?’ dan ‘5 perkara pelik terjadi selepas mati’.

Si ibu yang kejam juga sempat menghantar mesej kepada kawannya mengatakan anaknya yang berusia 3 tahun jatuh sakit disebabkan virus yang merbahaya dan beri kenyataan palsu bahawa doktor memberitahu anaknya boleh meninggal dunia.

Sakit mental atau si ibu sememangnya kejam?

Kejadian seperti ini sungguh menyedihkan lebih-lebih lagi memikirkan nasib kanak-kanak yang dibunuh ibu sendiri terseksa sebelum meninggal dunia. Pernah tak anda terfikir, apa sebenarnya punca yang mendorong si ibu berbuat demikian?

Jangan terkejut, tapi menurut kajian dari Journal Forensic Science International, sebanyak 500 kes kematian kanak-kanak adalah sebab dibunuh ibu bapa! OMG!

72% daripada kes pembunuhan melibatkan anak berusia 6 tahun ke bawah, manakala 28% lagi melibatkan bayi berusia bawah satu tahun. 40% daripada kematian dilakukan oleh si ibu, manakala 60% lagi kematian dilakukan oleh bapa sendiri.

Di Malaysia sendiri tidak ketinggalan, terdapat berderet kes kematian kanak-kanak yang berpunca daripada ibu bapa sendiri. Penulis yang juga seorang ibu terkesima dan takut dengan apa yang sanggup dilakukan manusia yang bergelar ibu bapa terhadap anak kandung sendiri. Persoalannya di sini adalah mengapa?

Pakar psikiatris dan ahli forensic Philip J. Resnick mendedahkan 5 sebab ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri:

  1. Rasa anak akan dapat hidup lebih baik

Selalunya kes seperti ini terjadi kerana ibu bapa tidak sanggup melihat anak mereka menderita kerana sakit kronik dan cara terbaik adalah membiarkan mereka meninggal dunia.

  1. Ibu bapa ada masalah psikosis akut

Gangguan mental psikosis akut boleh menyebabkan tindakkan membunuh kerana ibu bapa tidak mampu mengenal reality.

  1. Anak yang tidak diingini

Sebab ini lebih dekat dengan kes seperti Luois kerana dia jelas menunjukkan tindakkan kurang senang dengan anak sendiri dan merasakan anak itu adalah satu beban.

  1. Bunuh tanpa sengaja

Tidak dinafikan kadang-kala kejadian anak dibunuh ibu bapa adalah tidak disengajakan atau cuai dalam penjagaan. Namun, ada juga kes yang tidak disengajakan berpunca daripada tidakkan kejam ibu bapa yang mendera anak sendiri dan akhirnya anak mati dengan tidak sengaja akibat daripada tidak mampu menahan seksa.

  1. Balas dendam kepada pasangan

Satu kajian dari Australia menunjukkan, kebanyakkan bapa membunuh anak hanya kerana ingin menghukum si ibu. Sakit hati kerana tidak dapat menyakiti ibu, si bapa sanggup bertindak membunuh anak sebagai balasan.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh di apartment ini

Jangan butakan mata anda!

Tindakkan membunuh sememangnya sungguh kejam, dan membunuh anak sendiri bukanlah sesuatu yang boleh dimaafkan juga dipandang enteng. Ibu bapa yang tertekan tidak seharusnya dibiarkan kerana mereka memerlukan rawatan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebagai ahli keluarga, sahabat baik atau jiran sekali pun, anda tidak boleh menutup sebelah mata jika ternampak atau terhidu perkara pelik mereka yang berada dalam masalah. Laporkan kepada pihak berkuasa atau jika mampu, dekatilah mereka dan bantu apa yang terdaya. Mungkin anda mampu menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak bersalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: ThesunUK, Asianparent

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna