Lepas Baca Ni, Anda Mesti Tak Buang Kulit Kentang Lagi!

Menurut sebuah portal, Jurnal Nutrition Today, dianggarkan lebih satu bilion penduduk dunia menjadikan kentang sebagai menu utama harian mereka selain daripada nasi. Ini kerana kentang kaya dengan nutrien dan potasium di mana berupaya menambah baik prestasi fizikal seperti dapat membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf ketika bersukan.

Sayangnya tidak ramai yang tahu kulit kentang mempunyai gizi yang tersendiri. Buktinya, bila kita nak membakar atau merebus kentang, perkara pertama pasti akan mengupas kulitnya terlebih dahulu. Kononnya, untuk dapatkan rasa yang lebih sedap tapi sebenarnya boleh je kalau kita makan sekali dengan kulitnya sekali malah sangat digalakkan.

Sumber: kaltim

Elak kanser

Ini kerana, kulit kentang yang bewarna coklat itu kaya dengam vitamin C, mineral dan antioxidan termasuklah fitokimia yang mampu melindungi tubuh badan kita daripada mudah terkena penyakit sekaligus dapat mengelakkan tubuh terkena kanser atau keradangan kulit.

Melambatkan pertumbuhan uban

Bagi mereka yang usia makin meningkat, ini adalah berita baik buat anda kerana nutrisi yang ada pada kulit kentang mampu memberi rambut anda kelihatan lebih hitam dan melambatkan pertumbuhan uban. Jangan salahkan faktor umur kalau rambut pemakanan pun tak jaga.

Sumber: medicalnewstoday

Rendah lemak

Selalu bila diet mesti tak makan dan makan-makanan ringan yang tak berkhasiat, alahai sayangnya… Apa kata lepas ni, kukus, bakar atau rebus kentang dan makan begitu saja tanpa membuang kulitnya. Itu sudah cukup buat berat badan anda turun sekaligus berjaya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Itulah antara kebaikan kulit kentang. Pastikan sebelum makan kentang, basuh bersih-bersih terlebih dahulu, okay?

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Katakan Tidak Pada Kentang Goreng, Ini Resipi Kentang Yang Sihat  Resepi Mudah Cheesy Wedges Untuk Minum Petang

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna