Lepas 2 Hari Berdiam Diri, Vivy Yusuf Buka Mulut Nafi Perlekeh Golongan B40

“Saya tak pandang rendah dengan B40, kalau saya pandang rendah memang saya tak beri bantuan,

Setelah hampir dua hari usahawan terkenal Vivy Yusuf berdiam diri di laman sosial apabila dihentam netizen berhubungan kotroversi membabitkan golongan B40, hari ini pengasas Fashion Valet ini memuatnaik sebuah video bagi memberi penjelasan.

Video berdurasi kira-kira 7 minit itu merupakan usaha Vivy untuk menenangkan kemarahan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, dalam masa dua hari ini sebuah petisyen telah dilancarkan meminta Vivy Yusof untuk letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sumber: Harian Metro

Vivy dalam videonya menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah sekadar meluahkan rasa bimbang terhadap nasib usahawan dan syarikat kecil mahupun sederhana yang turut terjejas dengan pandemik COVID-19. Jauh sekali untuk memperlekehkan sumbangan kerajaan kepada golongan B40.

“Saya sudah bermuhasabah. Sebagai seorang yang berpengaruh, saya patut lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata,”

Namun Vivy pada masa yang sama menegaskan terdapat unsur-unsur fitnah membabitkan dirinya yang telah menjadi tular.

 

View this post on Instagram

 

This will be the last statement I do on this issue. I will be moving on. Hope it clarifies A LOT of things. Hope you’re all coping well with MCO and sending you lots of love in this tough time ❤️

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

“Saya tak pernah terfikir nak cakap golongan B40 tak mebantu ekonomi negara dan saya tak percaya orang lain boleh percaya saya kata macam itu.

“Saya tak pandang rendah dengan B40, kalau saya pandang rendah memang saya tak beri bantuan,” tegasnya.

Dalam video berkenaan, Vivy turut menegaskan perbualan buli siber yang diterimanya sangat dasyat dan pada yang sama memberikan kesan kepada ahli keluarganya. Maka, Vivy menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mula menimbulkan fitnah dan membuat petisyen kerana perbuatan itu dianggap kejam terhadap dirinya.

Sumber: Hijab and Heels

BACA: Hebat! Hanya 6 Hari Vivy Yusof Berjaya Kumpul RM1.14 Juta Bantu Hero COVID-19

Sebelum menamatkan video, Vivy memohon maaf dan akan menjadi lebih sensitif selepas. Saya berharap netizen tidak mudah percaya dengan fitnah yang disebarkan di laman sosial.

Begitulah penjelasan yang diberikan pihak Vivy. Semua orang boleh jadikan pengajaran. Tak kisahlah berapa jumlah pendapatan kita, apa yang pasti kita semua bertanggungjawab untuk membantu tanah air kita membanteras COVID-19. Sudah masnaya kita fokus pula dekat isu yang lebih besar, kan? Penatlah gaduh-gaduh. Hiks!

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna