Lemak Pada Punggung Boleh Elak Penyakit Kronik, Buat Wanita Lebih Bijak?

Perghhh…pertama kali berasa bangga punyai aset hebat ni. Opps!

Selalunya, masyarakat kita ni sangat sensitif bila nak cerita tentang bahagian punggung atau pinggul wanita. Kalau tersalah cakap sikit, boleh dianggap sebagai topik seksual.

Bertubuh extra curvy kadang-kala tidak menyenangkan untuk kaum wanita kerana sering menjadi perhatian lelaki walaupun punggung besar itu sebenarnya adalah ‘aset’ berharga buat wanita.

Punggung besar = Aset + Halang sakit kronik + Bijak?

Sangat mengejutkan apabila ada satu penemuan dalam ilmu perubatan yang mengatakan, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada menghidapi pelbagai penyakit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.

Kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat, tahun lalu yang menganalisis data 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.

Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, berkata kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.

Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.

“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.

“Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.

“Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” katanya.

Dr Konstantinos berkata, lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.

“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.

Info

Makanan membantu anda menegangkan punggung dan beberapa senaman yang berkesan:

  • Protein – Anda disyorkan minum ‘protein shake’ selepas senaman.
  • Karbohidrat – Beras coklat, oat, bijirin dan ubi membantu mengekalkan otot yang baik.
  • Lemak – Tidak seperti lemak tepu, lemak yang baik memberi pelbagai manfaat kesihatan.

– Membantu berat badan ideal.

– Antara makanan patut diambil ialah minyak ikan, minyak zaitun, badam, walnut, dan mentega kacang.

  • Sayur-sayuran – Bayam, kailan, brokoli dan sayuran hijau kaya dengan antioksidan.
  • Senaman – Rutin senaman untuk membentuk punggung yang menarik seperti squats, butt bridges dan lunges.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Bharian

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna