Lelaki Warga Nepal Pukul ‘Guard’ Berjaya Ditahan

Tular sebuah video berdurasi 44 saat pada 31 Julai lalu yang memaparkan seorang lelaki berbaju biru menampar dan memukul seorang pekerja pengawal keselamatan tanpa belas kasihan dengan sebatang kayu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju dan pihak polis telah pun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Teruk dipukul!

Siapa yang tak kuat semangat, sebaiknya jangan tengok. Boleh menangis sebab kasihan!

Kes Pukul Guard Nepal

Lelaki Pakistan pukul pengawal keselamatan diburuPolis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang pengawal keselamatan dipukul lelaki lain dalam kejadian yang tular di media sosial, hari ini.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, siasatan awal polis mendapati klip video berdurasi 44 saat itu bertarikh 7 Julai lalu."Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju."Kejadian dipercayai membabitkan suspek warga Pakistan dan mangsa warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.Menurutnya, pihak polis sedang menyiasat punca kejadian terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-3767390.Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung penyebaran klip video menunjukkan seorang pengawal keselamatan dipukul.▶️𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗿𝗼#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, July 31, 2020

Pihak polis berjaya menahan suspek!

Hasil siasatan polis berhaya menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki terlibat dengan insiden memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama seperti yang tular dalam satu rakaman video pada 31 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata penahanan individu berumur 34 tahun itu dibuat pada 5 petang tadi hasil kerjasama dengan pihak Kedutaan Nepal di sini.

“Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju petang tadi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau ASP M Hussin Sollehuddin Zolkifly (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju) di talian 017-2446363 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Rupanya kedua-dua individu tersebut adalah warga asing. Hm, eloklah mereka berdua terus dihantar pulang ke negara masing-masing. Semoga keluarga kita dilindungi dari nasib sebegini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Warga Asing Mabuk & Langgar Gadis Sampai Maut

Kaum Lelaki Wajib Tahu 9 Bahan Asas Masakan Ini!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: bernama

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna