Lelaki Positif Covid-19 Ditemui Mati Di Tepi Jalan

Apabila kita mempunyai kontak rapat ataupun dah disahkan sebagai positif Covid, kita seharusnya dikuarantikan dan tidak keluar atau melarikan diri dari tempat kuarantin. Ianya adalah sebagai inisiatif individu untuk membantu dalam membendung penularan wabak ini. Walaupun kita tidak mengetahui adakah kita membawa penyakit ataupun tidak, seeloknya kita terus kuarantinkan diri dan tidak keluar sesuka hati. Namun seorang lelaki dipercayai positif Covid-19 telah ditemui meninggal dunia di tepi jalan Muadzam Shah. Ianya dikatakan berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu.

Mangsa disahkan positif Covid-19 selepas ujian saringan ketika bedah siasat dijalankan terhadap jenazahnya. Menurut Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal, mangsa yang berusia 30 tahun itu dibawa dari Hospital Muadzam Shah, ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang untuk dibedah siasat. Menurutnya

via GIPHY

 

“ Arwah dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan kaki, selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan Bermula.”

Terdapat sumber  yang menyatakan , arwah ada melalui sekatan jalan raya (SJR) dan anggota bertugas melihatnya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Anggota yang bertugas sempat memberikan makanan dan nasihat supaya tidak meneruskan perjalanannya. Namun, dia tetap berkeras untuk meneruskan perjalanan sejak Jumaat lalu. Rafie berkata, waris lelaki itu ada menghubungi pihak berkuasa dan meminta untuk mengesan kedudukan arwah kerana dia gagal dihubungi dan mereka bimbang akan keselamatannya.

“Kakak arwah ada menghubungi kami dan mengatakan bahawa adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya. Walaupun mereka terkejut dengan perkhabaran tentang kematian adiknya itu, dia dan keluarga tetap redha dengan apa yang berlaku,” katanya.

Baca:Awas! Spray Disinfektan Boleh Menjejaskan Kesihatan! Ini Antara Sebabnya

Foto:www.bharian.com.my

Menurut Rafie, mereka membantu urusan pengebumian arwah, termasuk membeli keranda serta menempah kubur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi pengendalian jenazah pesakit Covid-19. Mereka menguruskan semuanya adalah disebabkan pihak mereka dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai waris arwah tidak mampu untuk menanggung kos pengebumian sebanyak RM 1,500.

Katanya, ia termasuk kaedah tayamum untuk mandikan jenazah dan jenazah dibalut dua lapisan plastik, tiga lapisan kain dan dua kali proses sanitasi dilakukan sepanjang urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang. Mereka yang menguruskan jenazah tersebut memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Dalam sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kematian ke-110, lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun yang ditemui mati di Rompin. Katanya ujian sampel Covid-19 diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020 dan kes di bawah siasatan pihak polis dan Pejabat Kesihatan Rompin. Manakala, punca jangkitan masih belum dikenal pasti serta masih lagi di dalam siasatan.

Baca:

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Berita Harian

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna