Lelaki & Perempuan, Siapa Lagi Kuat Membawang?

Baca je tajuk, mesti dalam fikiran anda timbul persoalan, pernah ke lelaki mengumpat? Haa… Jangan ingat kaum perempuan je suka mengumpat, lelaki pun apa kurangnya. Cuma, kebiasaannya bila dikaitkan dengan orang yang suka bawa mulut, kebanyakkannya perempuan!

Sekarang ni, situasi sudah berubah apabila peranan bergosip diambil alih oleh kaum lelaki malah, lagi dahsyat daripada kaum perempuan. Apa yang hebatnya lagi, bualan gosip mereka bukan sekadar mengata orang yang dekat-dekat ni je tapi, umpatan melepasi sempadan antarabangsa.

Sumber: thevocket

Yang bagusnya, lelaki ni bila mengumpat buat muka steady je. Tak macam perempuan, nampak sangat mengumpat dengan tangan naik-naik, mulut herot-berot dengan mimik muka berkerut-kerut. Sebab tu, kadang kita tak perasan pun kaum lelaki sebenarnya tengah leka bergosip.

Mesti tak percayakan? Tapi, cuba fikir balik, apa yang mereka sembangkan sampai dekat kedai mamak sampai lepak berjam-jam lamanya kalau bukan bergosip? Pulak tu, membawang tentang fizikal perempuan, perempuan tu gemuklah, kurus keringlah, tak cantiklah, perasan cantiklah, aduh!

Kalau nak bukti lelaki ni kuat membawang, anda boleh klik di sini untuk dengarkan Podcast Ais Kacang Face Off With Nabila Razali dalam episod 4 berjudul Kaki Bawang.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna