Lelaki Ni Tunjuk Penyelesaian ‘Bijak’ Bila Nak Lepak Tapi Isteri Minta Tolong

Majoriti kaum lelaki sukakan meluangkan masa dengan kawan-kawan dengan melepak di kedai makan. Tak kiralah yang berstatus single mahupun berkahwin, sampaikan pantang kawan call ajak lepak, berdesup laju keluar rumah! Alahai… Isteri dekat rumah tak fikir ke berpenat hempas-pulas menguruskan kerja-kerja rumah?

Nak tak nak, kena juga lah tolong si isteri. Tapi, sebuah video tular di media sosial telah menarik perhatian kami. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki menyelesaikan dilema yang sering dihadapi kebanyakan suami bila isteri minta tolong kerja rumah. Ha, jangan jalan penyelesaian yang merepek sudahlah.

Macam mana jalan penyelesaian tu?

Pergh! Siap bawa satu plastik penuh cili padi dengan bawang yang nak dikupas pergi meja kedai mamak. Bijak betullah! Itulah pepatah melayu kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

“Prepare barang niaga…”

Malah bukan dia saja yang buat ‘perangai’ ni, ada juga yang sudah pun lakukan perkara yang sama. Cabut batang cili padi hijau beramai-ramai dekat meja makan kedai mamak! Gigih betullah para suami ni.

Inilah spesis suami yang jenis tak tinggal kawan tapi sayangkan bini. Tak apalah, janji pertolongan kita tu dilaksanakan juga daripada tak tolong. Tapi, ada lagi cara lain yang boleh tolong isteri dan pada masa yang sama keluar lepak dengan kawan-kawan. Caranya dengan…

  1. Tolong si isteri melakukan kerja rumah terlebih dahulu. Selesai saja tugasan di rumah, bolehlah minta nak keluar lepak.
  2. Bawa isteri keluar lepak dengan kawan-kawan, balik dari lepak ajak isteri lakukan kerja rumah bersama-sama. Sama-sama lepak, sama-sama penat.
  3. Tak payah keluar lepak, duduk rumah jaga keluarga. Dah kahwin, buat cara dah berkahwin. Snda bukan bujang lagi nak lepak dengan kawan-kawan yang masih bujang.

Itulah antara cadangan cara lain untuk meringankan tugasan isteri. Tak ada lah isteri merungut penat buat kerja rumah seorang diri. Rumah tangga perlukan kerjasama. Barulah aman harmoni, githew.

Semoga pasangan yang sudah di alam perkahwin, lebih peka dengan perkara kecil seperti ini.

 

 

Untuk bacaan menarik, klik senarai artikel berikut: Fazley Yaakob Bersanding Lagi Selepas 13 Tahun Mendirikan Rumah Tangga ,

Tak Perlu Sental! Cara Ini Juga Dapat Bersihkan Karpet Rumah Anda

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna