Lelaki Kena Tahu 3 Pantang Larang Bila Bercakap Dengan Wanita

Ramai lelaki tidak tahu bagaimana berkomunikasi cara yang betul bila bersama dengan wanita kesayangan mereka. Selalunya terjadi dalam kalangan lelaki yang tidak berpengalaman dalam hubungan percintaan. Tak apa, perkara ini boleh belajar dan dielakkan.

Bagi kaum perempuan pula jangan mudah melenting jika si dia menyakiti hati anda dengan kesalahan yang pertama kali dia lakukan. Bincang elok-elok. Okay, bagi para lelaki di luar sana anda kena tahu tiga pantang larang utama bagi mengelakkan pergaduhan perang saraf.

via GIPHY

Pantang larang ini diakui sendiri orang seorang Da’i Nasrul Zamry menerusi posting di akaun Instagram miliknya. Antara nasihatnya adalah..

Bercerita tentang perempuan lain

Apabila kita sedang berbual dengan cinta hati kita. Ini kerana akan timbul rasa tidak selesa dan iri hati yang mungkin akan timbul perbalahan melainkan mereka yang buka cerita terlebih dahulu. Itupun, cara anda mencelah jangan terlampau overacting pula! Chill je.

via GIPHY

Puji perempuan lain

Jangan memuji perempuan lain di hadapan mereka dengan melebih-lebih. Sudah semestinya mereka akan rasa diri mereka serba kekurangan di mata anda. Mulalah akan timbul kekacauan dalam hubungan kerana wanita tidak suka dibandingkan. Begitu juga lelaki bukan? Sebaiknya, puji dalam hati je, okay?

Abaikan mereka

Jangan abaikan mereka, sentiasa ambil peduli tentang mereka kerana wanita suka dibelai dan disayangi. Cukup dengan soalan, “macam mana awak hari ni?” Pasti jawapan mereka panjang berjela. Kalau sebaliknya, pasti ada tak kena. Pastikan anda terus dengan soalan seterusnya iaitu, “awak ok tak?”

via GIPHY

Sebenarnya bukan dekat perempuan yang belum dikahwini je kena praktikkan perkara di atas tapi isteri kita juga. Ingat ye wahai para suami, rezeki keluarga terletak pada kebahagiaan seorang isteri. Bahagiakan isteri, rezeki mesti masuk seperti air. Tak nak ke?

Haa.. Mudah saja kan? Lelaki yang tak pandai nak bermain dengan perkataan dengan wanita. Tapi, jangan pula mainkan perasaan mereka dengan janji palsu pula ye!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Betul Ke Suami Orang Lebih Menjadi Perhatian Para Wanita? ,

Bila 13 Tahun Dah Tak Bercinta, Wanita Ini Sanggup Terima Cinta Suami Orang

 

 

 

 

Sumber: ig da’i nasrul

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna