Lelaki Juga Punya Perasaan, Pujuk Dengan Cara Ini

Terasa, tersinggung dan terluka pasti akan berlaku dalam hubungan suami isteri. Sebahagia mana pun, tipulah kalau tak pernah rasa perasaan ni. Bila timbul perasaan sebegini, mulalah suami atau kita akan terasa hati seterusnya wujud babak merajuk dan membawa hati.

Kalau kita merajuk, of course suami datang pujuk. Macam mana pula kalau suami kita merajuk? Takkan nak merajuk balik untuk dipujuk? Hello ladies! Suami awak tu manusia yang ada perasaan. Janganlah play victim.

via GIPHY

Sekali-sekala tu pujuklah suami kita tapi tulah, tak semua perempuan tahu nak pujuk suami. Apa yang dia tahu, merajuk je! Jadi, macam mana nak pujuk selain dari melakukan hubungan intim?

Ha, jom kita intai senarai pujuk yang kami cadangkan ni. Mana tahu boleh praktikkan nanti.

Masakkan makanan kegemaran

Masak masakan kegemaran mereka, of course mereka tak boleh nak merajuk lama-lama. Waktu hidangkan makanan, cuba berseloroh dengan suami dan mulakan perbualan manja yang memujuk.

Takkanlah kami nak terangkan juga di sini perbualan manja yang memujuk? Sendiri fikirlah senjata halus tu, ihiks!

via GIPHY

Urut badan

Idea ni nampak klise tapi sebenarnya sangat ‘mujarab’ kalau guna waktu genting. Bayangkan kalau suami tengah merajuk dan anda pula offer ingin mengurut badannya yang dah keletihan. Siap nak tolak? Waktu tu, cuba bawa bincang sebaik mungkin.

Rendahkan ego

Bercakap tentang berbincang pada dua poin di atas, kami ingin tekankan pada anda. Bila proses perbincangan sedang berlaku pasti intonasi suara tidak tinggi.

Saat ini, peranan anda adalah air, bukan api yang memburukkan lagi keadaan. Paling penting, mengaku salah dan ungkapkan memohon maaf dengan seikhlas hati.

via GIPHY

Jangan memaksa

Terakhir adalah jangan memaksa. Jika anda sudah bertindak untuk pujuk dan memohon maaf tapi dia masih dengan sikap keras kepala dia, biarkan sampai keadaan reda baru datang kembali. Orang sedang marah, lebih baik kita diam, jangan memaksa untuk dimaafkan.

Ini hanya cadangan, kalau anda ada idea lebih tepat untuk pujuk hati suami. Lakukan saja kerana anda je yang tahu perangai suami.

Lagipun, kalau buntu sekarang tak apa sebab kadang-kala kita perlukan keadaan yang memaksa untuk kita belajar macam mana nak memujuk hati suami.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Selalunya Isteri Yang Pujuk Saya..”- Laa, Adam Corie Kuat Merajuk Ke?

Menyanyi Lagu Ciptaan Baru, Judika Dikecam Tak Fikir Perasaan BCL

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna