Lelaki Ini Kongsi ‘Jampi’ Supaya Isteri Mudah Bersalin

Abang, maafkan salah silap saya. Doakan saya dan anak kita selamat,”

Itulah rintihan yang dipohon oleh si isteri pada suami sebelum masuk ke bilik bersalin. Sampai ada yang siap cium dan salam untuk memohon keampunan supaya proses semasa melahirkan anak dipermudahkan.

Tapi itu bukan penentu dapat bersalin dengan mudah. Sebenarnya perkara yang memudahkan proses bersalin bergantung hampir sepenuhnya kepada pada teknik meneran sewaktu melahirkan bayi dan juga doa dari seorang ibu dan suami tersayang.

via GIPHY

Bacaan ‘jampi’!

Bercakap tentang doa seorang suami, kami terjumpa satu perkongsian dari salah seorang pengguna Facebook, Haris Darus yang memberi bacaan ‘jampi’ saat isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat.

Hasilnya, proses bersalin isterinya hanya mengambil masa selama 10 minit saja dan bayi dilahirkan sihat sempurna.

Menurutnya lagi, bacaan ‘jampi’ tersebut diperoleh dari salah seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid yang mana beliau turut mengamalkannya semasa dirinya dijangkiti virus Covid-19 dan kini beliau telah pun sembuh.

Ha, jangan salah faham. Jampi yang kami maksudkan ni bukan jampi ilmu hitam tu ye tapi jampi selawat dan doa, ihiks!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pasangan di luar sana. Paling penting bila berdoa jangan sewaktu susah saja tapi sebelum ditimpa ujian dan sebaiknya doa dengan seikhlas hati, bersungguh-sungguh serta percaya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bancuh Air Panas Ala-Ala Mamak ‘Style’, Biar Suami Bawa Sampai Ke Mimpi

“Teman Isteri Bersalin Bergantung Pada Hospital..” – Dr Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna