Lelaki Ini Bongkar Cara Isteri Dato’ Aliff Syukri Melayan Anak-Anaknya

Terlajak laris, dua perkataan ini sudah cukup membuat kita teringatkan nama usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri. Siapa je tak kenal dengan dirinya, memulakan perniagaan dari bawah sehingga kini berjaya sehingga dikenali ramai.

Kejayaannya membuatkan keluarganya turut tempias menjadi perhatian netizen dan orang sekeliling mereka. Apa saja yang mereka lakukan pasti akan diperhatikan. Maklumlah, kaya dan terkenal pasti orang sekeliling mereka ingin tahu apakah rahsia di sebaliknya.

Oh! Sebenarnya…

Bila diperhatikan oleh seorang tetamu yang berkunjung ke rumah agam mereka, dia telah membongkarkan cara layanan isteri Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida dengan anak-anaknya. Rahsia ini dikongsikan menerusi laman Facebook miliknya pemuda tersebut yang menggunakan nama Khairul Hakim.

Katanya, ketika sedang ralik bersembang mengenai jatuh bangun pasangan ini dalam dunia perniagaan tiba-tiba anak ketiganya, Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas. Serta-merta, Datin terus menghentikan perbualan dan membiarkan Baim duduk di atasnya, meleset dan kemudian membantu menyiapkan kerja sekolah anaknya.

“Momen ini saya buat saya teringat-ingat sampai ke rumah. Bagusnya Datin sanggup menolak tepi semua urusan bisnes juta-juta demi anak. Tak semua orang boleh berbuat begini. Kebanyakan orang tua pasti marahkan budak bising, suruh pergi naik atas siap-siap tak boleh campur orang tua bersembang dan ada yang risau sangat anak-anak ini akan ganggu sampai ke tahap budak-budak ini tanya atau memanggil ayah atau emak, dihalaunya begitu sahaja,”

Coretnya lagi…

Tidak sampai disitu saja, pemuda tersebut turut menceritakan tindakan Datin kepada Baim selepas menyelesaikan kerja rumah anaknya. Malah, dia turut berkongsi nasihat ketika mendengarkan satu ceramah subuh dari salah seorang ustaz di sebuah masjid.

Siap biar anak main bawah meja!

Tambah lagi, dia turut berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan Dato’ Aliff Syukri membiarkan saja anak-anaknya bermain di bawah meja makan sedangkan mereka sedang berbincang tentang hal isu serius iaitu perniagaan yang mencecah projek jutaan ringgit. 

Terima kasih…

Coretan ini tular di laman Facebook sehingga sampai ke pengetahuan Datin. Apa yang Datin luah pada ruangan posting tersebut, dia mengucapkan jutaan terima kasih kerana menulis dan berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada ibu bapa di luar sana.

Betullah, bila dengan anak-anak yang nak membesar ni mereka perlu dididik dengan kelembutan. Jika sebaliknya, mereka akan menjadi anak yang sukar mendengar kata kerana kita sudah melemparkan aura negatif pada diri mereka.

Bagaimanapun anak kita akan terbentuk sepertimana didikan kita curahkan sejak dari kecil. Jangan menunding jari salah siapa jika mereka gagal menjadi seorang insan.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

 Hiba, Datin Shahida Pulangkan Semula Anak Angkat Kepada Ibu Kandungnya ,

 Belum Memiliki Anak Punca Ramai Pasangan Dibuli Keluarga Sendiri

 

 

 

 

Sumber: ig DatinShahida

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna