Lelaki Cina & Rider Perempuan Foodpanda Diterajang Tarik Balik Laporan Polis

Beberapa hari lepas, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 59 saat yang menunjukkan pergaduhan seorang lelaki berbangsa cina berbaju hijau dan seorang wanita penghantar makanan.

Apa yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana lelaki cina tersebut telah menendang beberapa kali perempuan tersebut sehingga terjatuh. Memang silap besarlah brother kalau kasar dengan perempuan dekat Malaysia ni, confirm kena hentam balik!

Posted by Nagawa Sun on Tuesday, May 19, 2020

Keterangan kedua-dua pihak telah dirakam…

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana wanita yang menunggang motosikal memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

Disebabkan kejadian itu, lelaki cina tersebut menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa kemudian, ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang sehingga menyebabkan mangsa jatuh.

Sumber: nagawansunfb

Menarik semula laporan polis…

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pihaknya telah memanggil kedua belah pihak untuk merakam pengakuan apa yang terjadi sebenar daripada awal sehingga akhir.

“Selepas membuat rakaman keterangan, pengadu bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya.

Baguslah kalau penghantar makanan wanita tersebut menarik balik laporan polis untuk tidak mengeruhkan keadaan. Kita ni walaupun perempuan terutama lelaki, beringatlah bila sedang marah, fikir sebelum bertindak.

Jangan tahu nak marah je sampai emosi mengawal diri, sebaiknya sentiasa belajar bersabar.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tolong Jahitkan Beg Rider Terputus Sebelum Berbuka, Tindakan Keluarga Ini Dipuji Netizen

“Raya Jangan Ziarah Kubur,” – Datuk Dr Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna