Legakan Hidung Berair Dan Tersumbat Dengan Cara Ini

Perubahan cuaca yang tidak menentu adalah faktor utama mengapa sesetengah individu mengalami hidung berair dan tersumbat kerana ia merupakan satu tindak balas berlebihan yang berlaku dalam sistem tubuh badan pada sistem imun anda untuk melindungi daripada alahan.

Apabila hidung sering berair dan tersumbat pasti membuatkan anda berasa tidak selesa untuk melakukan kerja seharian. Anda perlu tahu bahawa terdapat dua jenis alahan yang mampu menyerang hidung iaitu aeroarllergen seperti sensitif pada hama, kulat dan alahan makanan.

Ramai yang menganggap bahawa rawatan paling terbaik adalah dengan mengambil ubat tetapi makanan dan minuman merupakan aspek penting untuk anda perlu menitikberatkan. Jom lihat di bawah senarai cara semula jadi yang mampu melegakan hidung tersumbat dan berair.

Related image

Sumber: herpes

Teh Panas

Minuman teh panas bukan sahaja melegakan hidung berair dan tersumbat malah ia mampu menyegarkan tubuh badan. Teh hijau adalah pilihan paling terbaik kerana ia sangat kaya dengan kandungan flavanoid.

Bawang

Mungkin ramai yang menganggap bawang hanya digunakan dalam masakan tetapi ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antiradang yang kuat sekali gus mampu melawan virus selsema.

Related image

Sumber: lifestyle

Madu

Tidak dapat dinafikan bahawa madu adalah ubat tradisional yang sangat popular, anda boleh memakannya dengan air suam atau campurkan ke dalam minuman yang lain.

Image result for berries

Sumber: everyday

Beri

Amalkan memakan buah beri kerana ia mengandungi kandungan antioksida yang tinggi dan ia tergolong dalam kumpulan makanan nutrisi vitamin C.

Jika hidung anda berair dan tersumbat secara berlarutan, kemungkinan perkara ini boleh terjadi :

  • Bersin atau batuk yang berulang-ulang terutamanya ketika waktu pagi
  • Hingus mengalir ke belakang hidung dan turun ke kerongkong
  • Kegatalan pada hidung, telinga, mata dan kerongkong
  • Mata sensitif pada cahaya
  • Cepat marah
  • Kurang bertenaga
  • Kurang tidur
  • Terpaksa bernafas melalui mulut
  • Deria bau menjadi tidak kuat

Jadi jangan pandang remeh dan mengenainya, kenal pasti keadaan anda dan dapatkan rawatan selanjutnya daripada doktor. Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Dalam Diam Berlaku Curang? Ini Tip Mudah Mengesan Tindak Tanduk Si Suami

 

 

 

Sumber : freemalaysia

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna