Lega Bila Tulang Letup Tapi Sebenarnya Ada Kesan Sampingan

Perasan tak kalau kita dah lama menghadap kerja di pejabat atau melakukan sesuatu perkara terlalu lama terutama bila menulis atau menghadap laptop mesti kita akan melakukan letupan di bahagian sendi seperti jari, pinggang atau tengkuk.

Bila bunyi pop meletup terus rasa lega yakmat! Tapi tahukah anda tindakan itu ada kesan jangka masa panjang? Ha, mesti ramai tak tahu kan? Tulah, main letup je. Kalau salah letup, boleh terseliuh sendi tau? Bahaya!

via GIPHY

Hanya mindset je…

Untuk pengetahuan you guys, terdapat satu kajian yang telah dilakukan dari salah sebuah universiti luar negara tentang isu kesihatan ini. Mereka mengatakan apabila sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi oleh gas. Maka, apabila ia ditekan, terhasil lah bunyi ‘pop’.

Bunyi tersebut tidak dapat dibukti apa-apa kesan melainkan kawalan otak yang mempengaruhi yang bunyi letupan itu adalah satu cara yang boleh melegakan. Oleh itu, bila lama-kelamaan dibuat tindakan itu akan bertukar menjadi tabiat. Jadi, otak anda dah set untuk buat perbuatan ini dapat melegakan rasa lenguh.

Sumber: flexfisioterapi

Bukti dari kajian…

Sementara itu, Dr. Donald Unger telah melakukan eksperimen terhadap dirinya sendiri di mana dia telah meletupkan jari pada tangan kirinya, sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 50 tahun manakala tangan sebelah lagi tidak diletupkan.

Hasilnya, kedua-dua tangannya tidak diserang arthritis termasuklah bahagian jari yang diletupkan. Ini membuktikan bahawa amalan meletupkan jari ini tidak ada kaitan dengan penyakit tulang arthritis.

Tapi, kesan sampingan jangka masa panjang pada tulang setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) mempunyai kelebaran yang ekstrem berbanding jari biasa sehingga ada ketikanya menyebabkan cincin mudah tersekat pada bahagian sendi jari.

Sumber: hellodokter

Jadi jika tak nak tulang buku jari semakin melebar, elakkan daripada melakukan amalan ‘letup’ jari ini. Ya, tak dapat dinafikan memang lega tapi itu untuk kelegaan jangka masa pendek.

Sebaiknya pergi berjumpa dengan doktor pakar fisioterapi, amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman ringan untuk mendapatkan kesegaran pada tubuh, okay ladies?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kenapa Makin Berusia Makin Sakit Tapak Kaki?

Selalu Sakit Kaki Ketika ‘Jogging’? Jangan Mengeluh Cuba Tip Ni Dulu

 

 

 

 

 

 

Sumber: flexphysiotherapy

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna