Lazat Dan Berkrim! ‘Italian Dessert’ Panna Cotta Mampu Sejukkan Tekak Pada Musim Panas

Bosan lah kalau asyik hidang makanan yang sama je betul tak? Kadang-kadang bila ada sebarang majlis ‘potluck’ di pejabat mesti anda kehabisan idea nak masak apa.  Mahu sesuatu yang simple tapi sedap, haa agak-agaknya apa resepi mudah anda boleh lakukan ye? Bila tengahari pasti cuaca panas dan bahang ditambah dengan musim jerebu ni, jadi apa kata anda cuba sejenis hidangan pencuci mulut daripada yang berasal dari Itali. Wah kelas kan!

Panna Cotta bermaksud krim yang dimasak, teksturnya yang lembut dan berlemak membuatkan anda rasa cair di dalam mulut ketika makan sewaktu sejuk. Memang lega tekak dibuatnya. Hidangan ni sesuai sesuai untuk kanak-kanak juga kerana ia mengandungi susu dan buah-buahan yang segar.

Jom ikuti resepi di bawah yang Donna akan kongsikan kepada anda, mana tahu lepas ni kawan-kawan di tempat kerja puji kesedapan dessert anda!

Image result for panna cotta

Sumber: dri

Bahan-bahan

  • 2 cawan susu segar (fresh milk)
  • 1/2 cawan heavy cream/whipping cream
  • 2 sudu kecil serbuk gelatin halal (gelatin boleh juga digantikan dgn agar-agar tali atau agar-agar serbuk)
  • 4 sudu besar gula (resepi asal 5 sudu besar gula)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan

Panaskan gelatin, kemudian masukkan susu segar, krim dan gula ke dalam periuk (masak dalam api sederhana). Seterusnya tutup api dan kacau kesemua bahan, untuk lebih wangi dan sedap tambahkan esen vanilla. Sebelum anda masukkan ke dalam bekas pastikan ia berada dalam keadaan sejuk sedikit, lalu letakkan ke dalam freezer 2 hingga 3 jam.

Untuk lebih variasi, anda boleh letakkan buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry sebagai topping. Terpulang kepada anda dengan mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Untuk sos pula, anda boleh gunakan jem atau coklat, anak-anak pasti suka.

 

Banyak lagi resepi menarik, anda boleh klik link di sini :

Khas Buat Ibu Berpantang, Resepi Ikan Stim Pembangkit Selera

 

 

 

Sumber: siraplimau

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna