Layang-Layang Gergasi Seret Budak Perempuan 3 Tahun Terbang Ke Udara!

Layang-layang merupakan salah satu permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak kecil di tanah lapang. Malah, permainan ini bukan saja diminati kanak-kanak malah orang dewasa juga turut bermain layang-layang sehingga kini.

Tapi, siapa sangka permainan tradisional ini menjadi tragedi buruk ketika berlangsungnya Festival Layang-layang Antarabangsa di Bandar Hsinchu, Taiwan Ahad lalu. Apa tragedi tu?

via GIPHY

Jom lihat apa yang telah terjadi…

Menurut satu laporan, ketika beberapa petugas ingin menerbangkan layang-layang gergasi, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun tiba-tiba terikat pada hujung ekor layang-layang tersebut dan menyebabkan dia terangkat melayang-layang ke udara akibat angin yang sangat kencang.

Posted by Buletin INFO 1 Malaysia/Global on Sunday, August 30, 2020

Terbang setinggi 35 meter!

Kejadian itu dilaporkan lagi, budak perempuan tersebut ‘diterbangkan’ oleh layang-layang gergasi setinggi 35 meter lebih kurang 30 saat. Kesemua pengunjung yang berada di festival itu menjerit kerana terkejut melihat kejadian tersebut.

Mujur, kanak-kanak tersebut akhirnya didaratkan ke bawah dengan sendiri bersama layang-layang dan sempat disambut para pengunjug yang bergegas menyelamatkannya dari terjerut dengan ekor gergasi.

Posted by Buletin INFO 1 Malaysia/Global on Sunday, August 30, 2020

Hanya luka ringan…

Kalau lihat betul-betul rakaman video tersebut, mangsa dalam keadaan terkulai di udara tapi laporan mengatakan ketika selamat mendarat ke bawah, wajah kanak-kanak itu hanya kelihatan dalam ketakutan dan mengalami kecederaan ringan di leher serta mukanya.

Nasib baik nyawa adik tu tak tak melayang. Sentiasalah awasi si kecil supaya tak mengalami kecelakaan yang tidak diingini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Boleh Ke Si Ibu Ambil Ubat-Ubatan Jika Menyusukan Anak?

Pemuda Ini Beri Hadiah Untuk Semua Kanak-Kanak Orang Asli Yang Ditahan Polis

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: fb

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna