Larian Hari Wanita Sedunia, Bukan Larian Biasa!

#BalanceforBetter adalah hastag yang digunakan sempena kempen Hari Wanita Sedunia pada tahun ini yang bakal diraikan pada 8 Mac 2019, Jumaat ini. Merujuk kepada sejarah, kemunculan idea hari wanita ini bermula dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah pada tahun 1909.

Oleh itu, sempena Hari Wanita Sedunia pada tahun ini, Tourism Selangor mengadakan Malaysia Women Marathon di Padang Timur, Petaling Jaya Ahad, 3 Mac pada jam 3 pagi sehingga 9.30 pagi. Dengan berlangsungnya acara ini, team Donna berasa sangat bertuah kerana dapat melibatkan diri dalam larian ini.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah 5km, 10km, 21km, 30km dan 42km dan ianya terbuka kepada semua peringkat umur yang masih berupaya. Kami dari team Donna tidak ketinggalan untuk sertai larian denga jarak 10km dan 5km yang bermula pada jam 6pagi dan 7.15 pagi. Apa yang membanggakan adalah kami lari tanpa henti. Itu adalah kejayaan kami ketika melakukan acara larian ini.

Ketika berlangsungnya acara larian ini, bertuahnya Donna apabila dapat dapat menemubual seorang Doktor Pakar Perubatan Awam, Dr Noitie Lajanin dari Sabah mengenai sambutan Hari Wanita Sedunia ini.

“Saya percaya pada hari ini semua wanita meraikan kekuatan mereka tidak kira siapa dan berapa pun umur mereka selepas mengharungi pelbagai rintangan hidup. Lihat saja pada acara larian hari ini, ramai wanita-wanita hebat turun padang untuk menunjukkan stamina mereka walaupun sudah berusia”

Walaupun saya sudah mencecah 54 tahun, saya mampu lagi berlari sejauh 42km sejak jam 3 pagi tadi dan dengan bersaing beberapa peserta lelaki yang menyertai kategori sama seperti saya, ia telah memberi saya satu kejayaan kerana berjaya menamatkan larian ini dengan jayanya,” ujarnya.

Agak terkejut apabila mendengarkan Doktor ini mengatakan umurnya sudah mencecah 54 tahun. Terus Donna tanya apakah yang membuatkan stamina badannya kuat sehingga mampu berlari sejauh 42km? Jawapannya adalah, jaga pemakanan dan sentiasa bersenam.

“Dalam seminggu, saya akan bersenam sekurang-kurangnya 5 hari dan selalunya saya akan bersenam selepas waktu bekerja tetapi, adakala saya bersenam sebelum pergi kerja. Bergantung pada corak jadual waktu kerja saya,”

Larian tersebut juga mendapat sambutan hebat dan apa yang lebih menggembirakan adalah penyertaan kaum lelaki yang juga ramai.  Tahniah buat semua finisher !

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna