Lapan Remaja Di Denda RM8,000 Akibat Main Futsal Waktu PKPB

Baru-baru ini kecoh dengan tindakan sebuah keluarga di Selayang diserbua pihak berkuasa dan media kerana mengadakan open house pada hari raya ketiga yang melebihi jemputan tetamu yang ditetapkan iaitu 20 orang.

Lain pula cerita di Terengganu apabila sekumpulan remaja berusia 15 hingga 20 tahun diserbu pihak berkuasa ketika sedang seronok bermain futsal jam 10 malam walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi dijalankan, alahai budak ni!

Sumber: cariangoogle

Lari bertempiaran…

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata kelapan-lapan remaja terbabit lari bertempiaran sehingga meninggalkan motosikalnya serta barang-barang peribadi termasuk telefon bimbit di luar gelanggang futsal selepas menyedari kehadiran anggota yang meronda.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi tadi (Rabu), kesemua mereka hadir ke balai polis dan seterusnya ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

Dikenakan kompaun RM8,000…

Mereka juga turut dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM8,000, iaitu RM1,00 seorang atas kesalahan melanggar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaupun kesemua remaja tersebut dibebaskan selepas notis kompaun dikeluarkan, mereka tetap diberi tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan bayaran. Jika gagal, remaja itu akan didakwa di mahkamah tanpa sebarang notis.

Mungkin mereka memandang kes pandemik ini enteng sehinggakan segala arahan kerajaan dan usaha frontliner dalam memutuskan rantaian COVID-19 tidak dihiraukan.

Berfikirlah sebelum bertindak, kompaun RM1,000 bukan satu jumlah yang sedikit.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gara-Gara Buat ‘Open House’ Raya Ketiga, PDRM & TV3 Datang Buat Serbuan!

Meriahkan Raya PKPB Ni Dengan Hantar Kad Raya Guna E-Card Stylo

 

 

 

 

 

 

Sumber: awani

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna