Lanjut Atau Tidak: Bersediakah Kita Jika PKP Ditamatkan?

Di saat ini, rakyat masih berteka-teki sama ada akan ada lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau ia akan ditamatkan. Satu persoalan yang perlu dirungkai jika ia benar-benar berlaku. Bersediakah kita jika PKP ini ditamatkan?

Mungkin bagi sesetengah rakyat, ada yang bersorak gembira. Hooray, boleh ke shopping mall dan makan di restoran malah ada yang sudah memikirkan aktiviti luar atau restoran mana yang akan diserbu dahulu sebaik PKP ditamatkan. Wah, seronoklah kerana kita boleh keluar rumah tanpa ada gangguan daripada pihak berkuasa! Tiada lagi sekatan kerajaan dan pihak berkuasa, bermakna kita bebas! We are free!

Wait, are you sure of that? Free from what? 

Sebab ketika ini, kita masih lagi struggling dengan kluster baru yang bertambah sehingga seratus lebih dalam masa sehari.  Oh, mungkin sesetengah ‘kita’ atau ‘rakyat’ masih tidak faham akan situasi sebenar kerana yang betul-betul bertempur dengan virus pembunuh ini adalah frontliner yang juga unsung hero. Mereka ini, yang dikerah tenaganya untuk merawat pesakit COVID-19, yang terpaksa berpanas melakukan sekatan jalanan demi memastikan rakyat benar-benar patuh perintah, mereka ini yang terpaksa mempertaruhkan nyawa kerana risiko mereka terkena jangkitan lebih tinggi berbanding rakyat lain.

Rakyat ingin ia ditamatkan

Tak sanggup nak masak everyday dah..bosannya terperangkap dalam rumah!

Itulah alasan kebanyakan rakyat. Malah jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di negara ini.

Untuk anda yang sudah tidak sabar-sabar ingin menyerang shopping mall, restoran favourite dan sebagainya. Adakah anda yakin jika PKP ini ditamatkan, jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 akan berkurang dan semakin berkurang dan akhirnya hilang?

Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sementara, sebanyak 170 kes baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.

Percayalah langkah PKP ini adalah ikhtiar kerajaan untuk membendung masalah yang dihadapi sekarang dan rakyat perlu berganding bahu dan benar-benar faham akan situasi pandemik ini. Donna faham, sesetengah rakyat menderita kerana hilang punca pendapatan dan kebenarannya tiada siapa ingin ia berlarutan.

Jika anda mahu ia ditamatkan, jalankanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.

 

Baca juga:

Hotel Hilton Fasiliti Kuarantin COVID-19 Cetus Pertikaian Netizen

Berita Gembira! Ada Tanda Awal Malaysia Akan Pulih Dari COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Winnie Mo Poh
    • 8 April 2020
    Reply

    Perlu dilanjutkan. Terima kasih

      • Ainaa
      • 27 April 2020
      Reply

      Demi kebaikan bersama. Terima kasih kerana menyokong Donna!

  1. Saya mahu balik kampung

      • Ainaa
      • 27 April 2020
      Reply

      Samalah kita..tapi demi kebaikan bersama! #kitajagakita

  2. Janda baik bentong

      • Ainaa
      • 27 April 2020
      Reply

      Terima kasih kerana menyokong Donna!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna