Langkah Betul Buang ‘Face Mask’ Dalam Tong Sampah

Cuci tangan dengan kerap, jaga kebersihan, pastikan jarak dengan individu lain sejauh semeter, pakai surgical face mask atau topeng muka bila ingin keluar dari rumah dan banyak lagi arahan yang dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sayangnya, kami yakin tak ramai yang ambil tahu cara membuang face mask ke dalam tong sampah dengan betul. Ha, cuba ingat semula selepas mencabut face mask dari muka, anda letak mana face mask tu? Atas meja atau buang dalam tong sampah terus?

Sumber: prevention

Kalau nak tahu, yang sebenarnya ada prosedur yang betul untuk buang apa-apa jenis face mask ni. Tak boleh nak buang ikut suka hati sebab kita tak nampak virus dengan mata kasar malah, tak tahu ke mana ke mana virus ‘melompat’.

Apa yang boleh kita lakukan adalah bertindak dengan melakukan langkah yang betul bila nak buang topeng muka. Berikut adalah cara yang betul yang dikongsikan oleh SWCorp Malaysia. Semoga selepas ni, kita lebih berhati-hati dan tak buat kesalahan kecil ini.

Bukan apa, jangan disebabkan kesalahan kecil dengan meletakkan topeng muka merata-rata dan tidak buang dengan betul, virus ini merebak menjangkiti orang lain.

Individu yang kemungkinan boleh terkena jangkitan ini adalah keluarga, kawan serumah tukang pengutip sampah. Kasihanilah mereka yang tak bersalah.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Topeng Mulut Dah Habis, Efektif Ke Tak Guna Penutup Mulut Kain?

Jangan Salahkan ‘Sheet Face Mask’ Bila Tak Ada Kesan, Mungkin Cara Pemakaian Salah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna