Langgar Kereta Viva, Pemilik Kereta Lamborghini Gantikan Dengan Kereta Baru

Selalu bila kita dengar bila ada perlanggaran kenderaan berlaku pasti timbul situasi tengang antara dua pihak. Sampaikan ada yang saling menunding jari kerana tidak ingin bertanggungjawab.

Tapi berbeza dengan seorang pemilik kereta Lamborghini, Thomas Heng yang menggantikan sebuah kereta Myvi kepada pemilik kereta viva selepas rakan perniagaanya melanggar kereta viva tersebut dari belakang ketika keluar membeli barang keperluan di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: facebook

Ganti dengan Myvi…

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila rakannya tidak sempat mengelak kenderaan di hadapan yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberi isyarat. Akibat kemalangan itu, Lamborghini milik Thomas remuk pada bahagian depan dan kanan manakala Viva tersebut ‘total lost’ (musnah).

Bagaimanapun kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, tapi bagi kereta ‘total lost’ sudah pasti akan makan masa agak lama walaupun tuntutan insurans Viva rendah. Jadi Thomas mengambil keputusan untuk menggantikan dengan Myvi terpakai sebagai ganti.

“Hati saya tersentuh apabila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan takut disebabkan tidak mempunyai kenderaan, wanita tersebut terputus rezeki. Saya pun membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan yang dijual menerusi dalam talian,” jelasnya.

Sumber: facebook

Tak perlu bayar 1 sen pun!

Tambahnya lagi, dalam perjanjian pertukaran nama pemilik dia Thomas turut menjelaskan bahawa dirinya rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita itu dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans.

Proses pertukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan bercadang menyerahkan kereta Myvi itu kepada wanita berkenaan pada Isnin ini.

“Bagi membantu wanita itu mempromosikan perniagaan atas taliannya, saya akan hantar Myvi itu untuk proses reka bentuk iklan. Mungkin ini tidak seberapa tetapi saya harap Myvi ini menjadi pengganti kepada Viva yang rosak itu supaya dia boleh terus mencari sumber pendapatan macam biasa untuk membesarkan anak-anaknya,” katanya.

Dengarkan berita lebih lanjut…

EDISI 7 100420

Pemilik Lamborghini hadiahkan Myvi kepada ibu tunggal selepas kereta miliknya dilanggar.

Posted by Edisi7 on Friday, 10 April 2020

Nasib baik wanita tersebut berhadapan dengan individu yang prihatin dan murah hati sampai kejadian yang mungkin jadi kenangan hitam, bertukar menjadi satu kejadian yang ajaib dan dipermudahkan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Bersyukur Aku Di Malaysia…” – Cuba Lihat Cara Negara Luar Perangi COVID-19

Usaha Keras! Doktor Ketuk Pintu Rumah Warga Asing Untuk Saringan COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: BH

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna