Lakukan Sendiri Ujian Pap Smear Jika Anda Malu Berjumpa Doktor

Malu antara alasan utama wanita tidak melakukannya kerana perlu terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar.”

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut yang merupakan antara pembunuh wanita selepas kanser payudara! Kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan hubungan intim tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus ketika hubungan intim. Kanser serviks boleh dicegah sekiranya dapat pengesanan awal melalui pemeriksaan pap smear.

Sumber Foto: topclassactions.com

Tetapi ramai wanita memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini. Malu antara alasan utama wanita tidak melakukannya kerana perlu terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar. Ada juga yang membayangkan perbuatan doktor memasukkan alatan seperti spatula lalu mengorek dinding rahim mereka sebagai sesuatu yang amat menyakitkan lalu memilih untuk berserah sahaja dengan kemungkinan menghidap kanser serviks.

Sumber Foto: familydoctor.org

Ada juga yang merasakan mereka terlalu muda untuk mendapat kanser sedangkan ia tidak mengira usia dan ujian itu juga dapat menyelamatkan nyawa kerana ia dapat mengesan tisu-tisu yang abnormal atau dijangkiti HPV dan berpotensi untuk menjadi kanser dari awal. Ramai yang tidak pernah melakukan pap smear dan lewat mengesan kanser serviks yang dihidapi dan malangnya sudah terlambat untuk menyelamatkan nyawanya.

Untuk pengetahuan semua wanita, prosedur untuk melakukan pap smear tidak lama iaitu sekitar kurang daripada lima minit sahaja. Ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan cuma ada sedikit rasa tidak selesa. Spekulum iaitu alat seperti paruh itik akan dimasukakkan ke dalam laluan rahim melalui faraj lalu berus cyto diletakkan ke dalamnya. Berus cyto yang kecil itu digunakan untuk mengikis sedikit tisu pada pangkal rahim dengan memusingkannya 360 darjah. Sel yang diperoleh melekat di berus cyto diletakkan di dalam botol khas kemudian dihantar ke makmal. Jika normal, wanita itu boleh mengulangi ujian pap smear sekali lagi dalam tempoh setahun hingga dua tahun lagi dan jika tidak normal, maka ujian susulan diperlukan.

Sumber Foto: hotdoc.com

Tidak mengapalah jika anda masih malu atau takut untuk melakukan ujian saringan ini. Ada cara lain yang telah di temui iaitu penyediaan Kit Pensampelan Pap Smear. Kaedah pensampelan sendiri itu bukan sahaja memudahkan, bahkan begitu menyenangkan berikutan responden tidak perlu menunjukkan organ intim kepada petugas klinik. Kit berkenaan tidak memerlukan peralatan klinikal khusus, seperti pap smear, tetapi penguji boleh melakukan sendiri bagi mengambil sampel di faraj dengan memperoleh keputusan dalam tempoh tiga hari bekerja sahaja menerusi SMS. Projek ini membabitkan kerjasama pelbagai institusi termasuk Kementerian Kesihatan menggalakkan wanita melakukan persampelan sendiri, iaitu dengan menggunakan kit ujian berbentuk putik kapas dan bekas tiub khas disediakan. Kaedah ini lebih menyenangkan, tidak menyakitkan dan membuatkan ramai sedia buat sendiri saringan kanser serviks.

Ketika ini, di Klinik Shah Alam (KKSA) ada melaksanakan projek perintis Removing Obstacles to Cervical Screening (ROSE) yang dijalankan sekumpulan penyelidik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menggalakkan wanita menyertai projek terbabit. Projek ini menyasarkan 2,000 responden wanita berusia 30 hingga 65 tahun itu, sekali gus menjadi alternatif kaedah lazim pap smear. Inisiatif ROSE mendapat maklum balas positif dalam kalangan wanita menyertai program saringan itu selepas diterangkan ia tidak serumit pap smear. Ini membuatkan tempoh saringan singkat kerana selepas wanita itu melengkapkan borang butiran peribadi, mereka terus diberikan kit untuk membuat pengujian sendiri. Namun, menurut Portal Berita Harian mendapati meskipun program terbabit sudah memasuki siri kedua, tidak ramai mengetahui mengenai projek percuma itu kecuali mereka yang mempunyai urusan di klinik berkenaan sahaja.

 

Sumber: bharian

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna