Lakukan Ini Bila Lampu Amaran Minyak Kereta Dah Menyala Dan Anda Masih ‘Stuck In Jam’!

Ramai kalut dan tak tahu apa perlu dilakukan tatkala lampu amaran minyak menyala dan anda masih ‘stuck in jam’!!! Makin berkelip, makin berdebar rasa hati bila memikirkan tidak mahu tersadai di tepi jalan lantas menambah punca kepada kesesakan sedia ada. Patutkah anda berhenti dan meminta bantuan, atau teruskan perjalanan?

Kadang-kala bukan nak kata kita tak bersedia. Tapi mungkin disebabkan kesesakkan lalu lintas yang teruk menyebabkan perjalanan satu jam boleh melarat sehingga 4-5 jam ibarat mahu pulang ke kampung jadinya. Hakikatnya itu adalah perkara biasa buat mereka yang tinggal di ibu kota. Petrol yang diisi penuh pada awalnya pun boleh kering tau jika berejam lamanya anda di jalan raya.

Panduan yang dikongsikan ini mungkin  boleh membantu anda yang ketika ini sedang berdebar melihat kelipan lampu amaran minyak yang semakin kering.

Prepare for the worst

Orang lama-lama kata sediakan payung sebelum hujan. Sebelum anda melakukan apa-apa tindakkan lain, lebih baik anda meneruskan pemanduan dengan memilih lorong paling kiri. Langkah ini akan memudahkan untuk anda terus ke lorong kecemasan jika petrol kereta benar-benar sudah kering dan minta bantuan lain. Hiks, chill ini cuma persediaan awal. So sekarang, fahamkan konsep ini pula:

E Bukan Empty!

Pasti ramai yang menyangka tanda E bermaksud minyak habis, dan bila minyak habis, maknanya tangki kosong. Bila dah tangki kosong, maksudnya empty! Haa, bukan main panjang dia fikir. Yang sebenarnya E bukan bermaksud empty, sebaliknya ia adalah maksud untuk Enough dan kenderaan anda masih boleh bergerak sehingga 40-60 KM lagi bergantung kepada cara pemanduan.

Yes, you read it right! Anda ada sehingga berpuluh kilometer lagi sebelum tangki benar-benar kering. Ini adalah kerana tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sehingga 4.5 liter selepas amaran minyak kereta menyala. Haa, dah boleh tarik nafas lega. Tapi jantung masih berdebar bila memikirkan anda tengah stuck in jam? Jom kita tambah kilometer dengan cara ini..

Tambah 10km lagi dengan cara ni

Eh, macam mana nak tambah kilometer ni, takkan minyak boleh bertambah pula kan? Okay, matikan penghawa dingin dan cuba memandu tidak lebih daripada 50km/j. Apa yang penting pandu secara konsisten dengan membuka tingkap kereta. 

Okay, lepas ni jangan lupa jadikan kebiasaan untuk cek dulu kuantiti minyak kereta yang ada sebelum drive okay! Alang-alang cerita pasal minyak kereta ni, Donna ada berita baik nak kongsi..

Subsidi petrol untuk anda yang layak

Untuk anda yang belum tahu, Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

  • Kereta <= 1,600cc
  • Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
  • Motosikal <= 150cc
  • Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun.

Golongan berpendapatan rendah yang menerima Bantuan Sara Hidup (pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah) dan memiliki kenderaan dikenal pasti sebagai golongan yang layak menerima subsidi petrol. 

Sekiranya usia kereta adalah kurang daripada 10 tahun, anda TIDAK LAYAK menerima subsidi petrol. Namun, jika usia kereta adalah 10 tahun dan ke atas anda LAYAK.

Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank individu pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48.

Jom semak kelayakkan ada di link ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Fariddah bt Affandy
    • 13 November 2019
    Reply

    Terbaik
    😅😅😅

      • Ainaa
      • 14 November 2019
      Reply

      Terima kasih kerana membaca artikel Donna. Teruskan menyokong kami!

    • Eddy Azwardi
    • 14 November 2019
    Reply

    Good article and good information
    Thanks.

      • Ainaa
      • 15 November 2019
      Reply

      Good to know that! Thanks Eddy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna