Lakukan Cara Ni Bila Si Kecil Mengendahkan Arahan Anda

Adik, angkat kain baju semua ni pergi simpan dalam almari,” – Tapi si kecil menghiraukan arahan anda…

Geramnya bila anak-anak buat tak endah dengan arahan kita. Nak dimarah, kecil lagi. Nak ditengking, takut salah didikan. Cakap baik-baik, tak dengar pula. Macam mana ni? Semuanya serba tak kena! Alahai anak.

Kalau nak ikutkan itu perkara biasa dalam kalangan budak-budak yang nak membesar. Mereka akan ada perangai mereka sendiri yang kadang-kala kita sendiri tak jangka. Maklumlah, nak meneroka benda baru.

via GIPHY

Sebagai ibu kita perlu main peranan dengan betul. Jangan mudah melatah, melenting dan terlalu ikut emosi bila berhadapan dengan mereka. Cuba terbalikkan keadaan dengan bermain dengan psikologi  mereka pula.

Nak tahu macam mana cara dia? Jom ikut cara berikut.

Jauhkan mereka dari gangguan

Budak-budak ni kalau anda perasan bila mereka lakukan sesuatu perkara, mereka akan beri 101 peratus perhatian. Jadi, kalau mereka buat tak endah dengan arahan anda, jangan marah sebab mereka pasti sedang melakukan sesuatu.

Sumber: entertainment

Apa yang yang anda perlu lakukan adalah jauhkan mereka dengan perkara tersebut. Misalnya, jika mereka sedang menonton televisyen, tutup terus televisyen dan keluarkan arahan. Secara tak langsung mereka memberi perhatian kepada anda.

Cakap elok-elok

Nak meminta seseorang melakukan sesuatu perkara kena menggunakan nada yang lembut. Tak boleh menengking atau nada kasar. Bayangkan kalau anda sendiri, majikan mengeluarkan arahan dengan nada yang kasar, bagaimana cara penerimaan anda? Mesti memberontakkan? Ha.. Cakap elok-elok dengan si manja.

Sumber: childdevelopment

Ulang semula arahan

Seterusnya, untuk memastikan si kecil memahami arahan anda dengan baik, minta mereka ulang semula arahan tersebut. Jika ada arahan yang tertinggal, ulang semula supaya mereka faham dengan lebih jelas.

Bagi amaran keras

Kalau si kecil masih berdegil tidak mendengar arahan, gunakan psikologi. Misalnya, “Mak buang mainan adik ni nanti nak tak?” atau “Hari ni jangan main telefon mak,” atau pun “lepas ni mak tak nak beli lagi adik mainan dah”. Jika mereka masih lagi berdegil, pastikan anda lakukan betul-betul untuk beri mereka pengajaran.

via GIPHY

Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan. Dari peribahasa melayu ni dah boleh nampak tak salah nak didik anak dengan memukul tapi menurut Islam, ada caranya. Jangan pukul anak sampai masuk kes dera pula ye?

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: Pipi Anak Ruam? Hanis Zalikha Kongsi Cara Atasi Masalah Ini , Kajian Membuktikan Kesihatan Mental Anak-Anak Lebih Terjamin Jika Ada Adik-Beradik

 

 

 

 

 

Sumber: verywellfamily

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna