Lakukan Aktiviti Ini Untuk Dapatkan Pagi Yang Produktif

Kenapa ye, dah bergerak dari katil pun rasa lemau lagi badan ni”

Jam loceng berbunyi, perkara pertama yang anda lakukan adalah menghentikan bunyi jam dan membelek telefon 20-30 minit untuk melihat notifikasi di media sosial. Setiap pagi pasti semua orang melakukan rutin ini.

Bahkan, ada yang sudah jadikan rutin ini kebiasaan mereka pada setiap pagi. Kononnya, nak dapatkan tenaga dan semangat sambil bermalasan di atas katil.

Sumber: pexels

Oleh itu, apa kata mulai hari esok, mulakan rutin yang baru pada setiap pagi untuk dapatkan tubuh yang bertenaga dan jiwa yang semangat untuk memulakan rutin harian.

Macam mana nak dapatkan semangat dan tenaga setiap pagi? Jangan risau! Donna akan kongsikan bersama anda.

Menyanyi

Janganlah bangun-bangun je dari katil terus bernyanyi. Buat bilik karaoke sendiri di bilik air! Sambil membersihkan badan, sambil tu menyanyi lagu kegemaran anda atau dengarkan lagu-lagu yang rancak.

Tinggalkan sosial media

Ya, perkembangan sosial media makin lama makin seperti cendawan tumbuh selepas hujan sehinggakan asal buka mata je, sosial medialah perkara pertama yang di sentuh.

Tapi, anda perlu ingat! Sosial media boleh membuatkan mood anda hilang. Misalnya, pagi-pagi lagi dah baca email yang tidak menyenangkan atau lihat gambar crush sedang bermesra dengan wanita lain. Kan dah potong mood tu!

Bersenam

Daripada anda melihat sosial media, lebih baik anda lakukan senaman ringkas di tepi katil. Paling tidak pun, sebelum mandi sapu rumah. Lakukan sesuatu yang mampu buat badan anda berpeluh.

Fikir yang positif

“Alahai dah nak kena pergi kerja pulak! Malasnya!” ini adalah salah satu contoh pemikiran yang negatif selepas bangun dari tidur. Macam mana nak dapatkan semangat yang jitu dan mood yang elok kalau pagi-pagi dah fikir negatif?

Apa kata, bangun je pagi anda fikir anda boleh siapkan kerja di tempat kerja dan dapat bergelak tawa dengan kawan-kawan sambil melakukan kerja.

Minum air masak

Pastikan minum air masak pada setiap pagi sebelum memulakan kerja di pejabat. Ini dapat memberi kesegaran pada tubuh badan. Lagipun, setiap hari badan kita perlukan 8 cawan air masak sehari!

Sumber: livestrong

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna