Lain Sangat Ke Muka Sherry Ibrahim Dahulu & Sekarang? IG Selebriti Ini Diserang Netizen

Nama Sherry Ibrahim tiba-tiba diperkatakan setelah peminat mempertikaikan wajah terkininya yang dikata sangat berbeza dengan sebelum ini.”

Rata-rata netizen cuba membandingkan wajahnya sekarang kelihatan sangat cantik. Ramai yang mengatakan Sherry Ibrahim menjalani pembedahan kosmetik membetulkan beberapa tempat tertentu seperti di sekitar mata, bibir dan rahang pipi.

Tidak kurang juga yang mempertahan rupa paras terkini itu hanyalah disebabkan teknik solekan atau trik kamera. Sherry Ibrahim juga dikatakan sedikit berisi kerana itu wajahnya kelihatan lebih terserlah selain menjadi duta untuk sebuah produk kecantikan.

Sumber Foto: instagram Sherry Ibrahim

Gambar memperlihatkan beberapa foto Sherry Ibrahim yang dikongsikannya di laman sosial beberapa bulan yang lepas sehingga yang terbaru.

Sumber Foto: instagram Sherry Ibrahim

Pelakon yang sangat berbakat ini bagaimana pun menyelar tindakan setengah individu kerana turut mengutuk ahli keluarganya yang lain kononnya kecantikan mereka tidak asli. Sherry Ibrahim meminta agar netizen berhenti untuk memfitnahnya serta melibatkan ahli keluarganya.

Sumber Foto: instagram Sherry Ibrahim

Sherry Ibrahim walau bagaimanapun, telah menutup beberapa ruangan komen fotonya dan menapis komen tertentu sahaja. Ini kerana rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruangan gambar tersebut masih berbalah antara satu sama lain dengan mempertikaikan wajah terkini Sherry.

Sumber Foto: instagram Sherry Ibrahim

Sumber Foto: instagram Sherry Ibrahim

Apa pendapat pembaca Donna? Memang ada perubahan yang ketara ke wajah Sherry Ibrahim? Bagi admin, Sherry Ibrahim memang cantik dari dahulu hingga sekarang.

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna