Lain Kuali Lain Caranya, Jom Ketahui Penjagaan 3 Jenis Kuali Ni

Kelengkapan barang dapur sering dikaitkan dengan wanita yang sudah berkahwin. Kononnya lepas berkahwin mereka akan terjatuh hati dengan kuali, senduk, periuk, pinggan mangkuk dan lain-lain tapi, sebenarnya bergantung pada individu tu sendiri.

Kalau hobi dia suka memasak, dia akan tekankan pada barangan dapur yang berkualiti sampai keluar berjalan-jalan pun akan menyelit masa semata untuk mencari barang dapur. Malangnya, kebanyakan orang hanya tahu membeli saja tapi tak tahu cara penjagaan sebenar kuali.

via GIPHY

Ha.. Kuali ada cara penjagaan dia tau malah, penjagaan kuali berbeza mengikut jenis. Sekarang ada 3 jenis kuali yang Donna nak kongsikan. Antaranya…

Kuali leper besi

Pengarah komunikasi pemasaran Le Creuset, Nate Collier berkata, untuk mencuci kuali leper besi ni hanya cukup hanya menggunakan sabun dan air saja. Jika terdapat kerak, elakkan mengikis dengan sudu, pisau atau garfu. Sebaiknya guna bulu keluli untuk mengilangkan kerak makanan yang terlekat.

Tapi bagaimana pula dengan sisa makanan yang degil tak nak luntur? Katanya mudah saja. Masukkan serbuk penaik bersama air dan renehkan dengan api yang perlahan. Biarkan selama 10 minit kemudian, basuh seperti biasa dengan span. Kotoran degil pasti tertanggal.

Cast Iron

Selalunya jenis kuali ini mudah karat. Jadi, untuk mengekalkan besi tidak cepat berkarat, elakkan dari menyimpan kuali di kawasan terdedah dan pastikan lap permukaan kuali sehingga kering, barulah disimpan di tempatnya.

Tapi, kalau dah berkarat, sapukan minyak pada bahagian permukaan kuali dan panaskan di dalam ketuhar atau kuali dalam suhu panas yang sederhana. Biarkan selama 15 – 20 minit sebelum menyimpannya.

Nonstick Pans

Pastikan baca arahan terlebih dahulu sebelum menggunakan kuali nonstick yang baru. Bukan apa, ada sesetengah kuali nonstick tak boleh masuk ke dalam ketuhar atau berada di dalam suhu yang tinggi dalam mesin basuh pinggan.

Agak remeh penjagaan jenis kuali nonstick ni kerana anda tak boleh terus basuh selepas saja habis masak kerana permukaan kuali akan bertukar menjadi perang. Cara sebenar dia, biarkan sejuk seketika kemudian, cuci seperti biasa menggunakan span dan sabun.

Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini: Ayam Percik Merecik Buat Sendiri Jer! , Nak Tahu Makanan Tu Tiruan Ke Tak, Cuba Buat ‘Trick’ Ni

Kalau nak kelengkapan dapur tahan lebih lama, kena lah ikut cara betul penjagaan dia. Selamat mencuba!


Keyword: Donna X Tulus

Sumber: martha stewart

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna