Lain Dari Yang Lain, Mi MAGGI® Goreng Kerabu Seafood Kelantan Untuk Seisi Keluarga!

Perasan tak, bila bercakap soal makanan je kebanyakkan kita mesti akan kaitkan dengan sedapnya masakan mak masing-masing. Dari kecil sampai besar masakan mak sendiri pasti buat anak terkenang-kenang sampai bila-bila. So, bila anda sendiri yang kini menjadi mak atau ibu pasti inginkan perkara yang sama anak-anak rasa terhadap masakan kita.

Namun impian untuk masak setiap hari kadang-kala merumitkan dek kerana kekangan masa. Bayangkan bila balik rumah hari dah senja. Anda pula sibuk melayan karenah anak yang belum mandi, ada pula yang merengek kelaparan sambil anda berperang dengan kuali memasak di dapur. Haih, yang tahu je tahu perasaan ni. Hiks! Tapi jangan mengeluh, kerana percayalah momen ini yang pasti dirindui saat anak sudah besar membawa haluan sendiri.

 

Resipi cepat pastinya sedap!

Untuk merealisasikan impian para ibu memasak untuk keluarga, Donna nak kongsi resipi mudah, cepat dan pastinya sedap ni! Ha, sekali sekala tak salah kalau kita ubah selera anak-anak untuk try gabungan sajian popular dari Kelantan dengan stail yang berbeza! Nama resipi kali ini adalah Mi MAGGI® Goreng Kerabu Seafood Kelantan.

Bahan A

8-10 biji cili padi, ditumbuk

4 ulas bawang merah, ditumbuk

1 ½ sudu besar sos palm

¼ cup sos ikan

1paket perencah Mi MAGGI® Tom Yam

50g Sotong sederhana, direbus dan dipotong 1cm tebal

50g udang, dibuang kepala dan direbus

Bahan B

1 biji bawang merah, dihiris

1 helai limau purut, dihiris

1 batang serai, dihiris

½ batang bunga kantan, dihiris

3 biji tomato, dibuang biji & dihiris sederhana nipis

50g kobis bulat, dihiris nipis

50g timun, dihiris panjang

1 pek Mi MAGGI® Tom Yam, direbus & ditoskan (dimasak selama 1 minit)

30g daun ketumbar, dihiris

Cara penyediaan:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan kesemua bahan A sehingga rata.
  2. Masukkan bahan B, gaulkan kesemua dengan rata dan taburkan daun ketumbar.
  3. Hidangkan.

Makanan tradisi bersama anak

Percaya atau tidak, masakan ibu memang boleh jadi makanan tradisi untuk anak-anak. Cuba curi masa hujung minggu untuk masak bersama anak-anak. Resipi mudah seperti di atas tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan dan sesuai jika dimasak bersama. Siapa tahu, anda mungkin mencungkil bakat memasak anak sendiri tanpa sedar.

 Tip memasak dalam hanya 10 minit

  • Asingkan lauk/bahan mentah mengikut kuantiti yang diperlukan dan label supaya mudah untuk anda tahu.
  • Keluarkan bahan sejuk beku terlebih dahulu sebaik sampai di rumah.
  • Kisar bawang, cili dan sediakan bahan memasak lain pada hujung minggu dan simpan di dalam peti ais.
  • Sediakan senarai menu masakan untuk 1 minggu terus supaya anda tidak membazir masa termenung akan menu apa yang perlu dimasak.
  • Fokus ketika memasak dan latih diri untuk buat lebih daripada satu perkara dalam masa yang sama. Sebagai contoh, sementara panaskan kuali atau minyak, anda boleh masak nasi dan sebagainya.

 

Bukan mudah menjadi seorang ibu lebih-lebih lagi jika anda bekerja, namun ia bukan alasan untuk tidak memasak di rumah okay! Jom cipta kenangan indah bersama anak dengan menu yang Donna kongsikan ni dulu ya… Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna