Lain Dari Yang Lain! Alif Satar Beri Pesanan Duduk Rumah Guna Isyarat Tangan

Yihhh, jenuhlah!

Bukan apa setiap hari pesanan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memujuk seluruh rakyat Malaysia agar duduk di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19. Tapi ada saja yang berdegil.

Tidak cukup dengan itu, rakan artis dan influencer juga turut memberi pesanan ringkas menerusi platform media sosial supaya pengikut mereka turut mengikut arahan supaya minimumkan tempoh keberadaan di luar rumah.

Video Alif Satar power!

Antaranya pengacara Sherry Alhadad, Aizat Amdan, Nabila Huda, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa dan ramai lagi barisan artis yang lain tapi ada satu video penyanyi Alif Satar yang sangat unik dan berjaya menarik perhatian kami.

Video tersebut menunjukkan dirinya bercakap dan dalam pada masa yang sama menunjukkan isyarat tangan untuk orang bisu yang tidak boleh mendengar. Lebih kagum lagi, isyarat tangan yang ditunjukkan sangat mahir.

Jom tengok Alif berbahasa isyarat.

View this post on Instagram

🤟🏽 @kementeriankesihatanmalaysia @kkmm_gov #kitamestimenang #covid19 #dudukrumah

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Mesti berhari-hari Alif praktis sampai boleh smooth je dan tak nampak kekok langsung. Hebatlah Alif ni, menyanyi boleh, berlakon pandai, mengacara berbakat, bersukan hebat, jaga isteri dan anak pun tip top!

Kontroversi sepanjang dia berkarier dalam dunia industri pun boleh dikatakan hm, kurang or maybe tiada!!! Pandai jaga diri Alif ni, untung Shadila Halid. Musim gawat ni, ramai mengambil peluang melakukan kebaikan, mungkin kita juga boleh sumbangkan sesuatu pada orang ramai. Bagi yang kurang berkemampuan, cukuplah menyumbang kepada masyarakat dengan cara stay at home okay?

Semoga semua rakyat Malaysia tak kira yang boleh mampu mendengar atau tidak, faham apa yang nasihat yang disampaikan oleh Alif Satar. Be safe guys!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kalau Polis Ambil Laporan, Mahu Pening Kepala..” – Kerenah Anak Alif Satar Cuit Hati Netizen

Tengah Sibuk Dengan COVID-19, 200 Pelarian Rohingya Pula Ceroboh Masuk Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: alifsatar

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna