Lah Macam Ni Rupanya Nak Putihkan Gigi Dengan Cepat Dan Betul

Pergi mana-mana jangan lupa senyum ye! Haa kuasa senyuman ni jangan dibuat main tau, ia adalah satu medium komunikasi paling berkesan untuk membina hubungan persahabatan dan sesama manusia lain. Bukan itu sahaja, dengan senyuman ia juga penting untuk memberi tanda sebagai mesej mendalam kepada penerimanya.

Bila senyum dengan ikhlas, pasti akan kelihatan barisan gigi seseorang. Opps tapi gigi kuning! Hm tak kira tua mahupun muda gigi merupakan salah satu bahagian penting untuk dijaga dalam kesempurnaan hidup seseorang.

Image result for women smile

Sumber: inc

Cegah Masalah Gigi Pada Peringkat Awal

Memang tidak dapat dinafikan bahawa gigi sebahagian daripada anggota badan anda yang mencerminkan personaliti seseorang. Sebagai ibu bapa anda harus menjaga dan menitikberatkan penjagaan kesihatan gigi anak-anak bermula pada peringkat awal. Untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi berlaku tabiat memberus gigi selepas makan adalah rutin yang paling terbaik.

Jika tidak mampu untuk dilakukan secara konsisten, cukup sekadar anda berkumur selepas makan. Berus lah gigi untuk menjamin kebersihan gigi, ini kerana apabila gigi dan gusi anda sihat ia mampu mengurangkan bakteria dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri secara mendadak.

Image result for women smile

Sumber: freepik

Idaman Semua Orang, Gigi Sihat Dan Putih

Terutamanya buat kaum wanita, memiliki gigi sihat dan putih menjadi dambaan mereka, namun ramai yang mengambil langkah mudah untuk pergi ke pusat rawatan pemutihan gigi yang memerlukan kos ribuan ringgit. Mengapa perlu berhabis duit, cara tradisional kan ada?

  • Berus gigi secara teratur
  • Perbanyakkan minum air masak
  • Makan buah epal
  • Baking soda
  • Arang

Haa lepas ni jangan ambil mudah je, mungkin ramai tidak tahu kesihatan mulut penting kerana ia akan berkait rapat dengan penyakit kronik jika dibiarkan. Jadi berwaspada dan amalkan tip seperti di atas untuk memiliki gigi yang sihat dan bersih.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Walaupun Langit Merah Di Indonesia Kembali Cerah, Bacaan IPU Di Selangor Semakin Meningkat

 

 

 

Sumber: prohafiz

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna