Lah, Ada Pula Yang Campak Wristband Dekat KLIA?

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia dengan penularan seorang makcik yang dikatakan baru pulang daripada luar negara dan gagal untuk mematuhi arahan kerajaan agar kuarantin di rumah.

Melalui gambar yang tular, makcik berkenaan sedang makan dan minum di sebuah restoran bernama Hanaz Cafe di Ipoh, Perak. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengecam tindakan makcik itu yang tanpa sedar berisiko untuk menyebabkan gelombang kedua COVID 19.

Peniaga cafe berkenaan bagaimana mengesahkan makcik berkenaan disahkan negatif COVID 19 dan ternyata kecewa dengan tindakan makcik berkenaan yang gagal mematuhi perintah kerajaan.

BACA: Gelombang Kedua COVID-19 Landa Sarawak, Aishwarya Rai Masuk Hospital

Dari semalam lagi sebenarnya dah rasa tak sedap hati . Rasa tak senang duduk . Ya Allah sekali Viral ada gambar mak cik…

Posted by Nurul Chu Hada Karim on Sunday, July 19, 2020

Belum pun reda kes makcik ini, di Twitter ada yang viralkan wristband di lantai KLIA. Siapa pula yang pergi cabut. Adoi!

BACA: Kentut Boleh Hilangkan COVID-19 Reaksi Spontan Budak Tadika Ini Buat Netizen Terhibur!

Sumber: Twitter the_uglyorgan

Tapi ada juga yang kata wristband itu mungkin bukan dicabut tapi tercicir. Kalau tak pun, kena gunting dulu.

Diharapkan betul la wrist tag itu belum guna dan hanya sekadar tercicir. Tak sanggup nak menerima kebenaran kalau ternyata memang ada orang yang buat benda itu. Kita dah tahu bagaimana peritnya negara nak pulih daripada COVID 19 dan kita tak berhajat nak melalui PKP sekali lagi.

Sama-samalah kita semua sedar diri dan janganlah penting ego masing-masing sehingga membuat nyawa terkorban sama. Ingat, kita jaga kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna