Lagi Kes Cuai, Punca Anak Maut Dalam Kereta. Ibu Bapa Wajib Lakukan Ini Untuk Elak!

Membayangkannya sahaja sudah cukup menyentap hati, inikan pula mereka yang diuji dengan insiden sebegini.

Jika berada dalam keadaan waras, siapalah yang sanggup tinggalkan anak di dalam kereta berejam lamanya sehingga anak lemas dan akhirnya tidak bernyawa. Membayangkannya sahaja sudah cukup menyentap hati, inikan pula mereka yang diuji dengan insiden sebegini.

Baru-baru ini, lagi kes budak perempuan maut dek kerana ditinggal penjaga di dalam kereta selama 10 jam.  Kanak-kanak perempuan tersebut ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

 

“Sebelum itu bapa mangsa berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang. Bapa mangsa terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

“Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam kenyataan media.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang. Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

“Ketika ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta. Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia,” katanya.

Ibu bapa wajib lakukan Ini!

Tiada siapa inginkan kejadian ini berlaku dan untuk itu, jom kita parktiskan langkah mudah ini agar insiden seperti ini dapat kita elakkan:

  1. Letakkan beg atau barangan anak di kerusi penumpang hadapan. Ini agar anda tahu bahawa anak ada bersama di dalam kenderaan jika terpandang beg anak ada di sebelah anda.
  2. Letakkan barangan penting anda di tempat duduk bahagian belakang. Anda pasti akan melihat kerusi di bahagian belakang untuk mengambil barang sebelum keluar dan pasti terperasan akan anak anda jika dia masih di dalam kenderaan.
  3. Pastikan cermin kereta untuk melihat bahagian belakang di pusingkan ke arah kerusi anak anda sedikit. Dengan cara ini setiap kali anda melihat kereta di bahagian belakang ketika memandu, anda akan terperasan kehadiran anak anda di dalam kenderaan.
  4. Jadikan rutin, untuk sentiasa cek kerusi di bahagian belakang sebelum keluar daripada kenderaan.

 

 

Baca juga:

Apa Dosa Kanak-Kanak Ini Sehingga Organnya Dibuang, Kepalanya Dipotong

Maut! Seorang Murid Dilanggar Kereta Gara-Gara Pemandu Mabuk

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna