Kurus Teruk Celine Dion Sekarang!

Siapa tidak mengenali empunya nama Celine Dion yang merupakan seorang penyanyi tersohor di dunia.”

Dengan lontaran vokal yang mantap penyanyi ini menjulang namanya setelah menyanyikan lagu yang menjadi lagu tema filem Titanic, ‘My Heart Will Go On’. Baru-baru ini kemunculan Celine Dion di kota fesyen Paris menjadi bualan ramai kerana tubuh bintang ini dikatakan sangat ketara berbeza berbanding sebelum ini.

Sumber Foto: today.com

Sungguh pun sudah menjangkau usia 50an, Celine Dion boleh dikatakan nampak lebih berusia dari umurnya jika ingin dibandingkan dengan selebriti terkenal lain yang seusianya.

Sumber Foto: Dailymail

Antaranya seperti Mariah Carey, Jennifer Lopez, Shania Twain, Madonna, dan Angelina Jolie. Penampilan terbaru Celine Dion yang sangat kurus dan cengkung itu menerima banyak kritikan daripada peminatnya serta pengkritik fesyen ternama.

Sumber Foto: Dailymail

Persoalan dan tanda tanya ramai itu dijawab oleh penghibur kelahiran Kanada itu yang memberitahu, dia berasa sangat selesa dengan penampilan terbaharunya itu.

Sumber Foto: Dailymail

Sejak kematian suaminya Rene Angelil, pada 2016 lalu, Celine Dion membuat perubahan dalam hidupnya dan mula melibatkan diri dalam bidang fesyen.

Sumber Foto: Dailymail

Celine Dion juga kini dikatakan sedang giat berlatih menari dengan penari peribadinya Pepe Munoz, yang menyebabkan khabar angin bahawa lelaki itu teman lelaki barunya tetapi Celine Dion menafikannya.

 

 

Sumber: Dailymail

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna