Kurus Hanya Dengan Makan Tembikai

Ketika cuaca panas atau berada di tepian pantai, menikmati hidangan tembikai memang menyegarkan.”

Selain itu, ketika jamuan makan, kenduri atau bufet di restoran tembikai adalah pencuci mulut yang wajib disediakan kepada tetamu dan pelanggan. Tembikai bukan sekadar buah untuk dimakan secara terus, malah ia juga dijadikan sebagai air, ulam, perasa gula-gula dan juga bau-bauan untuk pewangi badan, kereta dan produk penjagaan diri.

Selain mempunyai kandungan air yang banyak, tembikai juga mengandungi kandungan pelbagai nutrient lain seperti vitamin, mineral, asid amino, antioksidan, dan ‘phytonutrients’. Sebiji tembikai itu mempunyai kebaikan dan kuasa yang luar biasa untuk dimanfaatkan oleh wanita khususnya. Kandungan air yang tinggi dalam tembikai membantu membendung masalah bengkak di sekitar mata. Selain itu, tidak perlu risau mengenai tahap glukos yang tinggi kerana tembikai mengandungi tahap gula yang rendah di samping tidak memberi tindak balas kimia kepada kolagen yang menyebabkan kesan kedutan pada wajah.

Sumber Foto: isabelsmithnutrition.com

Kawal Tekanan Darah – Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Hypertension membuktikan bahawa ekstrak tembikai mengurangkan tekanan darah dan juga tekanan darah tinggi dalam kalangan orang dewasa yang mengalami masalah obesiti. Mengurangkan tekanan darah tinggi juga bermakna bahawa mengurangkan semua risiko bagi penyakit jantung.

Sumber Foto: pexels.com

Melegakan Sakit Otot –  Tembikai boleh membantu melegakan sakit otot. Para penyelidik mencadangkan atlet sukan atau pemain bola memakan buah tembikai atau minum segelas jus tembikai  untuk mengurangkan masalah kekejangan atau sakit otot ketika di atas padang. Jika anda mengalami sakit otot akibat senaman di gym atau aktiviti mendaki pada hujung minggu, cuba makan tembikai untuk mengurangkan kesakitan pada keesokkan harinya.

Sumber Foto: pixabay

Melawan Keradangan –  Tembikai juga mengandungi ‘cucurbitacin E’, iaitu sejenis sebatian yang mengurangkan kesakitan dan keradangan yang menyebabkan enzim. Ia berfungsi untuk menghalang enzim tertentu seperti aspirin dan ‘ibuprofen’.

Sumber Foto: pixabay

Meningkatkan Sistem Pencernaan – Tembikai adalah diuretik semulajadi, yang membantu meningkatkan sistem pencernaan dan melancarkan sistem penghadaman. Selepas makan tembikai, anda mungkin rasa seperti ingin membuang air dengan kerap. Jangan risau kerana ia adalah sesuatu yang normal. Tembikai kaya dengan vitamin A dan Vitamin C dan kandungan serat yang tinggi. Menikmati buah tembikai dalam diet harian boleh membuatkan perut cepat kenyang serta kenyang lebih lama. Jadi kalau rasa nak turunkan berat dengan cepat tanpa belapar boleh amalkan makan tembikai.

Sumber Foto: pixabay

Mencantikkan Kulit – Dalam hidangan tembikai terkandung 18 peratus Vitamin A dan 21 peratus Vitamin C. Kedua-dua vitamin ini membantu melembapkan kulit, mengekalkan kolagen, membantu melicin dan melembut kulit. Selain itu, tembikai juga bertindak sebagai anti radang dan anti oksidan untuk mengurangkan masalah dan jangkitan pada kulit.

 

CARA PILIH TEMBIKAI YANG MASAK ELOK

Sumber Foto: mentalfloss.com

  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih mempunyai permukaan licin seakan berkilat. Ia menandakan buah sudah matang dan masak. Buah yang permukaan agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah. Buah mentah hanya sesuai dijadikan sebagai ulam dan rasanya agak tawar.
  • Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.
  • Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya kedengaran  bunyi seakan-akan kosong, ia menandakan sudah masak.
  • Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
  • Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.

 

 

 

 

Sumber: diarikurus.com panduanmalaysia.com

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna