Kurang Bajet Tapi Nak Bercuti? Tak Jadi Masalah Kalau Ikut Tip Ni

Bestnya tengok orang lain tengah bercuti. Aku nak pergi jugak tapi duit tak cukup lagi ni”

Jika bercakap tentang bercuti, siapa je nak tolak? Semua nak! Tapi pandai dengan tidak je uruskan perancangan dengan betul dan rata-rata mengatakan kalau bercuti ni adalah masa untuk menghabiskan duit. Tak semestinya sebab kadang tu, bercuti untuk memberi ganjaran kepada diri kita selepas berbulan-bulan penat bekerja.

Namun pun begitu, tidak ramai yang mampu memberi ganjaran pada diri mereka dengan melihat dunia luar kerana faktor kewangan tidak mencukupi. Jangan sedih-sedih! 5 tip ini boleh dijadikan panduan untuk anda merangka percutian dengan bajet yang ciput. Antaranya adalah;

Destinasi

Sumber: pexels

Anda haruslah memilih destinasi yang tidak menggunakan duit yang banyak, contohnya mendaki gunung, mandi pantai atau sungai, menikmati suasana kampung atau melihat budaya sesebuah kaum dengan pergi ke muzium. Destinasi yang sebegini mampu membuat percutian anda seronok dan menarik jika anda menikmatinya dengan betul!

Lawatan

Selepas memilih destinasi, langkah seterusnya adalah anda perlu tahu apa aktiviti yang akan anda lakukan serta mengenal pasti tempat-tempat yang akan anda lawati. Ini kerana anda boleh tahu kos perbelanjaan anda berapa supaya ia tidak melebihi bajet.

Tiket kapal terbang

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara atau perlancongan yang melibatkan penerbangan, anda haruslah merancang perjalanan lebih awal kerana harga tiket kapal terbang akan melambung tinggi jika anda membuat tempahan dua atau tiga hari sebelum. Agak sukar untuk dapatkan harga yang rendah.

Tetapi kalau percutian anda hanya dalam negara, elakkan menggunakan penerbangan kerana anda boleh berjimat dengan menaiki pengangkutan awam ataupun memandu sendiri. Cara ini sangat jimat!

Penginapan

Sumber: pexels

Jika percutian ini adalah percutian anda sendiri, amatlah digalakkan duduk di bilik hotel atau hostel yang paling kecil. Malah, jika tempahan dilakukan menggunakan aplikasi hotel, pasti anda akan mendapat harga yang lebih murah dan berbaloi .

Makan dan minum

Anda boleh berjimat banyak dengan kurangkan kos makanan sewaktu bercuti. Bukanlah dengan cara mengikat perut dan tidak makan langsung, namun kos makan dan minum dapat dikurangkan dengan cara membawa bekalan makanan sendiri dari rumah.

 

 

Sumber: hijabista

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna