Kunyah-Kunyah Petang Dengan Onion Ring Cheese!

Rasanya, semua orang sukakan snek petang lebih-lebih lagi bila sedang beristirehat di rumah dengan cuaca yang menyamankan. Alahai! Pulak tu snek petang memang kena dengan tekak.

Kali ini, Donna nak kongsikan resipi Onion Ring Cheese! Jangan main-main dengan resepi Donna ni, kalau buat terus licin tau. Yang penting bila masak ikhlas.

Sumber: Tasty

Bahan-bahan:

  1. Bawang bangla berapa biji anda mahukan
  2. Keju beberang keping yang anda inginkan
  3. Tepung
  4. Telur
  5. serbuk roti
  6. Sos cili

Cara penyediaan:

  1. Potong bawang bangla bulat-bulat berbentuk O
  2. Leraikan kesemua bulatan bawang. Pastikan bulatan tidak patah
  3. Susun bulatan besar dengan bulatan sedikit kecil untuk selitkan keju yang sudah di potong menegak mengikut kelebaran bawang yang dopotong tadi
  4. Sejukkan selama 1 jam
  5. Celup dengan tepung, telur kemudian serbuk roti
  6. Goreng sehingga kekuningan
  7. Hidangkan!

Untuk mengetahui lebih detail, saksikan video di bawah. Mudah saja!

 

 

 

 

Sumber: dubaitastes

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna