Kulit Berbelang? Jom Sental Hilangkan Dengan Bahan Alami

Alamak! Kulit muka berbelang la, macam mana ni?”

Seperti yang kita tahu, kulit yang gelap akan mempunyai lebih banyak kandungan melanin di dalam kulit. Melanin yang bertindak sebagai melindungi kulit dari cahaya UV akan menukarkan kulit anda menjadi lebih gelap serta mengelakkan anda dari terkena penyakit kanser kulit.

Namun, ada keburukkannya iaitu warna kulit akan kelihatan tidak sekata. Jika anda perasan, ia sering berlaku pada bahagian lengan dan bagi wanita yang bertudung, kawasan belang akan terjadi pada bahagian pipi. Kalau pergi pantai pula, kulit anda akan berbelang pada seluruh badan yang terdedah pada sinaran UV.

Sumber: tips cantik

Itu yang bila nak buka tudung dan baju depan pasangan atau kawan-kawan mesti fikir dua tiga kali sebab rasa malu tona kulit tidak sekata. Tapi, mungkin lepas ini anda tidak lagi rasa malu sebab Donna ada tip untuk anda  menghilangkan kesan belang ini!

Senang saja, hanya  gunakan 4 bahan ini;

Sumber: pexels

Sumber: pexels

  1. Gula putih bertindak sebagai scrub kulit
  2. Jus lemon yang mempunyai asid akan dapat menyingkirkan kulit mati pada kulit.
  3. Jus lobak merah dan tomato yang mempunyai pelbagai khasiat vitamin dapat memberi kulit kelihatan lebih cantik dan sihat.

Bahan-bahan

  1. Gula putih
  2. 1/2 perahan Jus lemon
  3. 2 sudu Jus lobak merah
  4. 1 biji Tomato

Cara membuat

  1. Letakkan gula putih di dalam bekas.
  2. Campurkan perahan jus lemon dan jus lobak merah.
  3. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Gosokkan bahan tadi menggunakan pemberus badan.
  5. Kemudian, potong dua tomato dan sental pada badan. Pastikan anda melumurkan tomato ke seluruh kawasan kulit yang sudah di scrub.
  6. Bilas dengan air.
  7. Lihat hasilnya!

Untuk dapatkan kulit yang normal, lakukan scrub ini selama 2 minggu berturut-turut. Donna harap selepas kulit anda tidak berbelang, keyakinan diri anda akan meningkat! Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: madina minna shrienzada

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna