Kulit Anda Bermasalah? Jom Ketahui Cara Mengatasinya

Bermacam treatment, namun kulit masih bermasalah!”

Memiliki kulit wajah yang cantik, halus, licin dan sihat adalah idaman setiap individu, tapi tak semua beruntung untuk memilikinya. Bukan saja perempuan, malah golongan lelaki juga idamkan kulit wajah yang sempurna.

Jangan terkejut, sekarang ini ada sesetengah lelaki menjaga kulit mereka sehingga mereka mempunyai set pencuci muka pelbagai jenis. Di tambah pula sekarang ini produk muka untuk lelaki juga ada di pasaran!

Namun, anda harus mengetahui kulit kulit muka manusia berbeza-beza yang menyebabkan setiap inividu mempunyai cara penjagaan muka mereka yang tersendiri.

via GIPHY

Apa pun, anda perlu mengetahui jenis-jenis masalah kulit muka terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan kulit muka yang betul dengan permasalahan kulit muka. Nanti tak lah merungut macam dialog di atas, hiks!

Di sini, terdapat 5 jenis masalah kulit muka yang biasa terjadi pada manusia iaitu kusam, kulit kering, berminyak, sensitif dan kombinasi.

Kusam

Kulit kusam adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh setiap orang. Ia akan menyebabkan wajah anda tidak mempunya seri ataupun istilah yang popular digunakan iaitu flawless atau glowing. Kebiasaannya, tona kulit kusam ini mempunyai tekstur atau tona kulit yang tidak sekata (uneven skin and tone).

Masalah kulit ini boleh terjadi kerana perubahan warna kulit akibat sinar UV, bintik-bintik gelap, liang pori tidak sekata, dan juga faktor penuaan seperti kedutan dan kendur. Untuk mengelakkan masalah ini terjadi, anda haruslah minum jumlah air masak yang secukupnya untuk memberi kesan glow pada kulit.

Kulit Kering

Kulit wajah yang kering disebabkan oleh kekurangan air dalam badan serta produksi minyak pada wajah berkurangan. Faktor ini disebabkan cuaca yang panas dan kesalahan menggunakan produk muka sehinggakan kulit muka mengelupas dan bersisik.

Untuk mengelakkan kulit kering berlaku pada wajah, anda harus mengamalkan makan buah dan sayuran, minum air masak yang banyak, elakkan terkena cahaya matahari dalam tempoh yang lama, memakai pelembab pada wajah dan tukar produk muka yang lain (jika memakai produk muka).

Berminyak

Sumber: tribun solo

Kulit berminyak terjadi kerana lubang pori pada wajah besar dan boleh menyebabkan masalah jerawat dan jeragat kerana kotoran di udara melekat pada minyak di muka. Kemudian terkumpul di dalam lubang pori sehingga menyebabkan jerawat timbul.

Selain itu, kulit jenis berminyak juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan berlemak, hormon tidak seimbang dan salah memilih produk penjagaan muka.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini adalah anda harus sentiasa rajin mencuci wajah anda selepas membuat aktiviti luar, membersihkan wajah dengan betul selepas memakai solekan, kurangkan makan berminyak, rajin manjakan wajah dengan mengoleskan bahan semula jadi seperti madu, lemon atau lidah buaya sebelum tidur.

Sensitif

Sumber: blogspot

Ciri-ciri kulit sensitif adalah kulit kelihatan nipis sehingga menyebabkan permukaan kulit mudah luka dan mudah mengalami alergik jika tersalah langkah penjgaan.

Contohnya, apabila wajah terdedah dengan udara yang kotor, terdedah sinaran UV dalam tempoh yang lama dan juga faktor pemakanan yang tidak sihat.

Oleh itu, anda harus lebih berhati-hati dalam penjagaan wajah dengan menjaga pemakanan, rajin mencuci muka dan juga rajin memanjakan wajah.

Kombinasi

Kulit kombinasi merangkumi bahagian-bahagian tertentu pada bahagian kulit muka yang diselaputi minyak iaitu dahi, hidung dan dagu. Pada bahagian lain tidak berminyak dan kering.

Masalah kulit ini agak sukar untuk di rawat kerana perlu diberikan perhatian lebih. Antara langkah untuk mengatasi masalah ini adalah scrub muka 2 atau 3 kali seminggu, cuci muka dengan air hangat, memakai clay mask dan jaga pola makanan.

Pendek kata, dalam penjagaan kulit wajah ini anda harus rajin memanjakan kulit wajah dan sentiasa mengenali kulit muka anda. Tidak rugi pun kerana kulit wajah akan membuat anda yakin dalam segala hal. Selamat mengamalkan!

Sumber: prof hafiz , web kesihatan

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna